larger smaller reset
visimisilatest.gif
RMN Mission To Protect Malaysia's Sovereignty and Maritime Interests

RMN Vision To Be A World Class Navy (Always Excellent)

Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
September 03, 2010, 09:13:00 am
Username:

Password:


Login with username, password and session length

Forgot your password?
Homepage arrow Forum arrow Career arrow General arrow Undang undang Tentera hari ini,esok adan selama lamanya.
Undang undang Tentera hari ini,esok adan selama lamanya.
Forum@navy.mil.my
September 03, 2010, 09:13:00 am *
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News: We have reached the 10,000 messages mark in less than 1 month! It has been great to have you all here.
 
   Home   Help Search Calendar Login Register  
Pages: [1] 2 3 4   Go Down
  Print  
Author Topic: Undang undang Tentera hari ini,esok adan selama lamanya.  (Read 18875 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
redarrows
Sub/Lieutenant
*

Karma: +2/-28
Offline Offline

Posts: 60


« on: February 09, 2008, 01:48:33 pm »

Saya terbaca didalam akhbar hari ini bahawa BAT C 10 tentera itu akan ditukar kepada Mykad Tentera.

Satu lagi tindakan kerajaan yang menghapuskan Identiti dan keunikan tentera. ATM sepatutnya mempertahankan BAT C 10 dan ditukar bentuk sahaja kepada MYKad tetapi masih digelar Borang Angkatan Tentera C 10.
 

Hujah saya ialah ATM telah diujudkan berdasarkan apa yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia dan juga Akta yang khusus iaitu Akta Angkatan Tentera 1972. BAT C 10 adalah salah satu dokumen yang dibawah bidangkuasa Jabatan Perisikan Tentera. Sekiranya anggota tentera hilang Kad ini mereka boleh dipertuduhkan dibawah Akta Angkatan Tentera 1972. Kalau ditukar kepada MY Kad Tentera maka peruntukan peruntukan undang undang ATM harus dipinda untuk menyesuaikan keadaan dimana Majlis Angkatan Tentera berkuasa membuatnya.

Undang undang Tentera mempunyai bidangkuasa yang berlainan sehinggakan Peguam Negara pun mempunyai kuasa yang terhad terhadap Anggota Tentera tetapi oleh kerana ATM tidak peka mengenai perkara ini atau tidak kisah apa yang berlaku disekeliling maka unsor unsor "civilianisation of the Military" telah berlaku. Sebagai contoh Pegawai pegawi Rela dan JPA 3 sewenang wenangnya telah menggunakan gelaran pangkat pegawai Tentera Darat seperti Lt (Rela) atau Kapten (Rela) dan tak lama lagi akan ujudlah General Rela, Laksma Rela, Marsyal Rela.

Bukan itu sahaja ATM dilihat sebagai tiada berkuasa langsung mempertahankan dan mendaulatkan Akta Angkatan Tentera 1972 yang menjadi teras kepada pengujudan ATM. Contoh sila lihat seksyen khusus Askar Melayu diRaja, selain Melayu bangsa lain tidak dibenarkan menyertai Regimen ini.Apakah rahsia disebalik Seksyen ini adalah satu misteri yang boleh dicari dan diungkap untuk tontonan semua warga ATM. Lihat juga Seksyen 88 Akta Angkatan Tentera 1972  yang membolehkan Mahkamah Tentera (Court Martial) membicarakan anggota Angkatan Tentera bagi kesalahan kesalahan( Civil Offences)  awam KECUALI BUNUH DAN ROGOL.

Pada pendapat saya kes yang baru dilaporkan iaitu Kes Lt Kol Zainal (Bekas Pengarah Muzium) Atm yang dijatuhi hukuman 4 tahun penjara itu boleh dibicarakan diMahkamah Tentera diatas pertuduhan yang sama iaitu Akta Pencegahan Rasuah.Apa yang berlaku akhbar melapurkan bahawa semasa menjatuhkan hukuman ,Hakim telah tidak mengambil maklum mengenai keadaan kakinya yang dipotong akibat jerangkap samar(semasa perang dengan komunis).Sebab itulah Akta Angkatan Tentera 1972 memberi bidangkuasa kepada Panglima panglima ATM mengendalikan kes kes ATM, tetapi ATM dilihat mengambil jalan mudah untuk menyerahkan kepada pehak awam mengendalikan kes nya.Bayangkan apa telah terjadi kepada Tauliah Y.D.P Agong yang dipegang beliau dan kedudukan nya sebagai seorang Lt Kol didalam Angkatan Tentera.Imej tentera telah jatuh berdentum.................this is the realiti.............. Pegawai Tentera adalah berbeza dari pegawi kerajaan Malaysia yang lain seperti Polis,Bomba dll oleh kerana Pegawai Tentera menjunjung Tauliah Yang DiPertuan Agong sampai lah bersara,mati atau tamat Tauliah Jangka Pendek.Pesoalannya bila masa Pegawi Rela dapat Tauliah Agong untuk gelar diri mereka Kapten/Lt/Mejor/General/Kolonel........................................................... ok nanti sambung lagi ya. 
Logged
redarrows
Sub/Lieutenant
*

Karma: +2/-28
Offline Offline

Posts: 60


« Reply #1 on: February 10, 2008, 07:33:53 pm »

Anggota anggota ATM mesti tahu dan faham hak hak mereka dari segi undang undang, kalau tak faham boleh tanya nanti  saya cuba jawab untuk kebaikan bersama.Assalamualikum.
Logged
zahar_EG
Guest
« Reply #2 on: February 11, 2008, 07:46:44 am »

Wah, anda terlalu taksub dengan tentera, syabas! Tetapi itu di dalam tentera, persoalannya apapula keadilan bagi civilian? Pada pandanngan saya jika ianya melibatkan kepada internal, itu saya tidak mahu ambil tahu, terpulang kepada mahkamah tentera atau ATM sendiri apa yang perlu dilakukan.

Tetapi jika ianya melibatkan orang awam atau saya sendiri, itu menjadi hak saya untuk di mana saya ingin ianya dibicarakan. Dan di dalam undang-undang tentera sendiri ( saya tidak pasti akta/klaus yang mana satu ) ada menerangkan sekiranya kesalahan melibatkan awam, ianya boleh dibawa atau dibicara di mahkamah civil.

Pada saya tidak kira ianya dibicara sama ada mengikut undang-undang tentera atau awam, yang penting pesalah perlu mendapat hukumanya.
Logged
redarrows
Sub/Lieutenant
*

Karma: +2/-28
Offline Offline

Posts: 60


« Reply #3 on: February 11, 2008, 01:18:51 pm »

Itulah orang suruh pergi mengaji tak mau, kalau dikatakan tak cerdik nanti marah. Saya bukan taksub dengan tentera ni tetapi ingin meletakan kedudukan dan bidangkuasanya ditempat yang betul. Kalau awak tak tahu, Section 88 Akta angkatan Tentera 1972 tu mengenai kesalahan Awam yang meliputi Anggota Angkatan Tentera.Ada apa lagi nak tanya?...........................
Logged
redarrows
Sub/Lieutenant
*

Karma: +2/-28
Offline Offline

Posts: 60


« Reply #4 on: February 11, 2008, 01:37:23 pm »

Untuk maalumat saudara Zahar, ATM ni semua nya sendiri,Kapal Terbang sendiri,Kereta Kebal sendiri,Kapal sendiri,Hospital sendiri,Universiti sendiri,Masjid sendiri,Mahkamah sendiri,Undang undang sendiri,Bomba sendiri,JKR sendiri,airport sendiri,adat sendiri, .................kubor pun sendiri. Sistemnya serupalah a country within a country, bak kata orang askar ni boleh perentah negara la  kalau masa darurat. Nak tengok realiti pergilah keTLDM Lumut .Bermakna askar ni hidup didalam dunia mereka sendiri. 
Logged
zahar_EG
Guest
« Reply #5 on: February 11, 2008, 02:41:46 pm »

Betul le tu, syurga pun asing, neraka pun asing. Ada khas untuk tentera. Suka ati le yop... janji bahagia. Kalau kastam kata hasil itu dipunyai sendiri, LHDN pun kata dipunya sendiri, JPJ pun kata dia punya sendiri, alamat tak bergaji la teman dan deme sekali. Buat le apa yang patut yop.. tapi nak menyalak dalam forum ini tak guna yop, cuba buat surat anto kat TPM ke, PM ke..

Mesti dapat hasilnya... Grin Grin
« Last Edit: February 11, 2008, 03:07:03 pm by zahar_EG » Logged
redarrows
Sub/Lieutenant
*

Karma: +2/-28
Offline Offline

Posts: 60


« Reply #6 on: February 11, 2008, 10:38:03 pm »

Bukan gitu Yop, kita patut berhati hati dengan hasil yang masuk dalam perut. kita mesti tentukan yang halal dan haram. Itu wajib bagi orang Islam.Kita wajib ingat mengingati sesama Islam  perkara yang benar.
Logged
zahar_EG
Guest
« Reply #7 on: February 12, 2008, 07:28:33 am »

Teman memang tunggu deme mengeluarkan kata-kata begini yop. Bukan susahkan nak berbudi bahasa. Macam ni lah yop kalau berforum. Dalam forum ini bukan semuanya tentera. kalau tak banyak dapat jaga sedikit sensitiviti orang lain pun kira ok.

KIta ini semua bukan muda-muda lagi.
Logged
ORS
Guest
« Reply #8 on: February 12, 2008, 01:43:46 pm »

pada saya kalau sekadar tukar nama kepada Mykad tentera dan menambah  kemudahan lain di dalm cipnya adalah tidak menjadi masalah. untuk kemudahan pemegangnya jugak tapi lain2 hal yang saudara red arow suarakan mungkin ada kebenaran yang patut difikirkan kewarasannya. saya tak berani komen kerana kurang arif.  saudara red arrow boleh kupas lebih mendalam untuk membuka minda yang mengantuk... spt saya ni laaa..  pengalaman red arrow boleh dijadikan rujukan yang sangat bberguna jika kena gayanya. tq friend.
« Last Edit: February 12, 2008, 01:45:38 pm by ORS » Logged
redarrows
Sub/Lieutenant
*

Karma: +2/-28
Offline Offline

Posts: 60


« Reply #9 on: February 12, 2008, 06:31:06 pm »

Ok ceritanya begini, askar ni semua Darat ,Laut dan Udara  sebelum memulakan latihan rekrut dulu dikehendaki mengangkat sumpah (taking an oath) depan pegawai rekod dari Mindef sebagai seorang Tentera dan bersumpah untuk berkhidmat untuk negara.Selepas itu kad pengenalan awam semua rekrut diambil dan diserahkan kembali kepada Jabatan Pendaftaran Negara. Satu kad pengenalan baru digelar BAT C 10 di keluarkan kepada semua anggota tentera, dan digunakan sepanjang hayat dalam tentera.

Ketahui tak saudara saudara bahawa mulai saat itu satu lagi Akta khusus digelar Akta Angkatan Tentera 1972 yang dulu digelar MRE (Malay Regiment Enactment) telah dibebankan atas bahu saudara  disamping Akta akta lain yang terpakai untuk raayat Malaysia yang bukan tentera.Beberapa hak dan kebebasan saudara sebagai orang awam telah disekat mulai saat itu.Contohnya tentera ni tak boleh cabut lari kalau tak suka peekerjaannya, dan tindakan itu menjadi satu kesalahan dan boleh dihukum penjara.Bagi perkhidmatan awam yang lain kalau dema tak suka kerja tu dema boleh ponteng terus atau resign.

Lepas tu macam macam la peraturan lain yang dibuat terhadap semua tentera  seperti Armed Forces Summary Jurisdiction Regulation,Pay and Allowances Regulation, Armed Forces Terms and Cobditon of service dan berbagai lagi khusu bagi tentera.

Yang ingin teman ketengahkan disini ialah dari segi bidangkuasa pengeluaran BAT C 10 itu, berkerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara  untuk mengeluarkan BAT C 10 tiada masaalah tetapi yang mengeluarkannya mesti ATM, sebab sebelum pengeluaran BAT C 10 semua tentera kena buat security vetting dulu...........tak caya pegi tanya budak risik 5.

Didalam bahasa undang undang BIDANGKUASA tentera ni lah yang teman kata mesti dipertahankan, kalau tidak status tentera ni seperti terdapat didalam Perlembagaan akan jatuh.Perkhidmatan tentera ni berbeza dengan perkhidmatan lain didalam kerajaan dan tarafnya tidak sama dengan lain kakitangan kerajaan , itu kahendak undang undang.

Kalau ATM tidak pertahankan dan dianggap remeh maka lama kelamaan anggota tentera akan hilanglah keistimewaannya.Sekarang ni pun dah bermula secara tidak sedar. Contohnya pangkat pegawai tentera darat dah diciplak oleh RELA dan  JPA3, pada hal pegawi tentera tu walau pun Second Lieutenant dia mesti ditauliahkan oleh Yang diPertuan Agong. Saya nak tanya,bilamasa pegawi JPA3 dan RELA ni terima tauliah Agong. Cuba meka dapatkan satu salinan watikah tauliah pegawai tentera dan baca isi kandungannya dan tengok sapa yang saian watikah ini . Oleh kerana askar tak jaga status dan kedudukan maka dengan tidak disedari Gaji dan elaun meka semua dah sama taraf dengan Polis dan lain perkhidmatan. Gaji dan elaun berdasarkan "service factor " dah hilang sebab tu dulu teman selalu perang dengan Bahgian Dasar Mindef.........................

Yang lebih sedih nya Yob bila Dema berhenti nanti dema tau lah nasib bekas bekas tentera ni .............teman tak nak komen, nanti bisa telinga dengar.........ok hingga ketemu lagi.Assalamualikum
Logged
ORS
Guest
« Reply #10 on: February 12, 2008, 08:29:59 pm »


Kalau ATM tidak pertahankan dan dianggap remeh maka lama kelamaan anggota tentera akan hilanglah keistimewaannya.Sekarang ni pun dah bermula secara tidak sedar. Contohnya pangkat pegawai tentera darat dah diciplak oleh RELA dan  JPA3, pada hal pegawi tentera tu walau pun Second Lieutenant dia mesti ditauliahkan oleh Yang diPertuan Agong. Saya nak tanya,bilamasa pegawi JPA3 dan RELA ni terima tauliah Agong. Cuba meka dapatkan satu salinan watikah tauliah pegawai tentera dan baca isi kandungannya dan tengok sapa yang saian watikah ini . Oleh kerana askar tak jaga status dan kedudukan maka dengan tidak disedari Gaji dan elaun meka semua dah sama taraf dengan Polis dan lain perkhidmatan. Gaji dan elaun berdasarkan "service factor " dah hilang sebab tu dulu teman selalu perang dengan Bahgian Dasar Mindef.........................

Yang lebih sedih nya Yob bila Dema berhenti nanti dema tau lah nasib bekas bekas tentera ni .............teman tak nak komen, nanti bisa telinga dengar.........ok hingga ketemu lagi.Assalamualikum
haah... saya pun naik heran jugak naper la sekarang ni  banyak agensi lain yang dah guna pangkat sama dengan army.....  uniform pun dah banyak orang komplen... semua nak celoreng... kekadang kompius gak hehehehe...
yang mahalnya ATM ni ialah Tauliahnye tu...sebeb tu dia kena berada dalam status yang tersendiri...  harap2 pihak atasan mengambil kira la jugak rungutan rakyat jelata di surat khabar tentang perkara ini...

Perkhidmatan awam tu elok le bina identiti sendiri... watpe nak bersaing ngan ATM kerana ATM berada dirankingnya yang tersendiri baik dimata kerajaan maupun di mata rakyat jelata...
Logged
mad4it
Captain
*

Karma: +23/-33
Offline Offline

Posts: 1,608



WWW Email
« Reply #11 on: February 13, 2008, 12:01:31 am »

Dalam perkara ini tiada siapa boleh lakukan apa2 sebab segala perubahan tidak berlaku dalam sekelip mata.. sedar atau tidak hak keistemewaan angkatan tentera ini telah hilang sedikit demi sedikit sejak dari dulu lagi.. disiplin tentera itu sendiri pun telah menjadi lemah.. Undecided

Dan jika menyentuh bab ciplak pula.. hal ini dibawa oleh anggota tentera itu sendiri sbb riwayat hidupnya telah dibentuk oleh tentera.. dan apabila dia tamat perkhidmatan dan mengetuai badan2 awam tersebut.. maka terbentuklah klon2 ala tentera tadi.. lihat shaja lah selain JPA3 dan RELA.. apa sedang berlaku dgn APMM skrg ini.. Lips sealed
Logged

zahar_EG
Guest
« Reply #12 on: February 13, 2008, 07:51:41 am »

Ha macam ini baru dikatakan berforum secara sihat.

Pasal pakaian ini saya sentuh sedikit, memang tidak dinafikan jika kita lihat BOMBA umpanya mempunyai pakai celoreng, tetapi tidak 100% sama. PKLN juga tetapi warna yang berbeza.

Berkenaan perjenamaan pangkat pula seperti pengunaan leftenan itu, peringkat atasan boleh memikirkan kembali. Jika di jabatan saya, kami tidak sekali-kali meniru pangkat serta penjenamaan di dalam tentera. Bentuk balak juga tidak diletakkan lengan tetapi dibahu. Bagi paku juga mempunyai reka bentuk  yang berbeza dan penjenamaan bagi pangkat itu pun tidak sama. Maknanya kami tidak mangunakan istilah koperal, sarjan dan sebagainya. Ini kerana tarafnya berbeza.


Tetapi jika difikir secara positif saya melihat ianya senario yang positif. JIka saya seorang ketua bagi sesebuah jabatan, sekiranya jabata lain ingin berkongsi, saya anggap ianya sesuatu yang boleh dibangga oleh jabatan. Walaubagaimanapun beberapa undang-undang atau akta boleh dilaksanakan dimana meniru adalah tidak boleh ke arah menggugat keselamatan atau lebih kepada 50% sama.

« Last Edit: February 13, 2008, 11:27:53 am by zahar_EG » Logged
ORS
Guest
« Reply #13 on: February 13, 2008, 10:42:01 am »

Bagi masalah BAT C 10 pula, jika menurut pandangan saya, mungkin ianya perlu kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara kerana BAT C 10 tentera atau I/c tentera ini pula masih lagi berkaitan dengan urusan dengan jabatan lain. Saya ambil contoh lesen memandu. Mungkin lesen memandu bagi pemandu kenderaan tentera tidak melibatkan lesen awam tetapi seorang tentera yang ingin memandu kenderaan awam mereka masih lagi perlu pengiktiran JPN bagi urusan dengan JPJ. Ini kerana data lesen seorang pemandu yang mengunakan MYkad perlu convert dengan JPN-JPJ. Makna tentera masih lagi berurusan dengan Jabatan lain. Tetapi mungkin tidak dinafikan, suatu masa kerjsama ATM dengan JPJ boleh dilaksanakan berkenaan Lesen Memandu jika pihak ATM ingin mengeluarkan secara solo berkenaan perkenalan diri.
...saya rasa bukan ini yang cuba nak diketengahkan oleh  saudara Redarrow. Bukan masalah penggunaan atau connection dgn JPN yang dimaksudkan. Identiti Kad PDRM dan ATM ada keistimewaaan yang tersendiri yang mempunyai nilai berdasarkan ikatan dan sumpah perkhidmatan... sori lah saya pun tak reti nak cerita Grin
Logged
zahar_EG
Guest
« Reply #14 on: February 13, 2008, 11:27:06 am »

Saya sudah editkan statment tersebut.

Susah perkara seperti ini melibat peringkat atasan. Cuma kita boleh berbincang secara berbasi-basi sahaja.
« Last Edit: February 13, 2008, 12:15:50 pm by zahar_EG » Logged
Pages: [1] 2 3 4   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Valid XHTML 1.0! Valid CSS!