| KELAYAKAN (PEGAWAI GRADUAN) |
|
|
|
| Written by azman | |
| Wednesday, 11 June 2008 | |
|
TUGAS AM SYARAT-SYARAT KEMASUKAN Umum - Warganegara Malaysia - Berumur antara 18 hingga 27 tahun pada tarikh tutup permohonan - Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna - Tinggi/Berat minimum : Lelaki -157cm/47.5kg Wanita - 147cm/40.5kg - Ukuran dada minimum (lelaki sahaja):76sm. - Body Mass Index (BMI) - 17.9 hingga 26.9 Syarat Kelayakan Akademik Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf. Memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda (kepujian) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam bidang berikut : - Kejuruteraan - Sains Komputer - Senibina - Teknologi Maklumat - Pengurusan (Pembangunan Manusia) - Pegurusan (Teknologi Maklumat) - Undang-Undang - Sains - Statistik - Ekonomi - Matematik - Inventori - Kewangan/Perniagaan - Perhubungan Antarabangsa - Katering dan Perhotelan - Lain-lain jurusan yang akan ditetapkan oleh perkhidmatan dari masa ke semasa TUGAS IKHTISAS SYARAT-SYARAT KEMASUKAN Umum - Warganegara Malaysia - Berumur antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh tutup permohonan - Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna - Tinggi/Berat minimum : Lelaki -157cm/47.5kg Wanita - 147cm/40.5kg - Body Mass Index (BMI) - 17.9 hingga 29.9 Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf. Kejuruteraan - Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Mekanikal - Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Marin) - Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik) - Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Awam - Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Elektrik/Elektronik - Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Komputer Perubatan/Pergigian/Veterinar/Farmasi - Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Dokter Perubatan - Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Doktor Pergigian - Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Dokter Veterinar - Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Farmasi Pedidikan - Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan (kepujian) dalam jurusan Sains/Matematik/Teknologi Maklumat/Bahasa Inggeris/TESL - Ijazah Sarjana Muda (kepujian) serta Diploma Pendidkan dalam jurusan Sains/Matematik/Teknologi Maklumat/Bahasa Inggeris/TESL Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) - Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dalam Ilmu Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin LATIHAN DAN TAULIAH
Mereka yang lulus pemilihan dan temuduga akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek dengan menyandang pangkat Leftenan atau setaraf bagi pemegang Diploma dan Kapten atau setaraf bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda setelah diperkenankan oleh SPB Di-Pertuan Agong. Tempoh perkhidmatan permulaan adalah selama 10 tahun.
|
|
| Last Updated ( Wednesday, 23 December 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|






