|
KELAYAKAN (PEGAWAI KADET) |
|
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Tuesday, 08 February 2005 |
KD SULTAN IDRIS 1
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
UMUM
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 hingga 20 tahun (lelaki) dan 18 hingga 25 tahun (wanita) bagi calon-calon awam dan tidak melebihi 28 tahun bagi calon-calon askar-lasykar pada tarikh tutup permohonan
- Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna
- Tinggi / Berat Minimum :
Lelaki - 157 cm/47.5kg
Wanita - 147 cm /40.5kg
- Bujang
- Body Mass Index (BMI) - 17.9 hingga 27.9
TARAF KESIHATAN
Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota, penglihatan dan tidak rabun warna. Calon-calon akan melalui proses pemeriksaan kesihatan mengikut piawaian kesihatan yang ditetapkan oleh ATM.
TARAF PERKAHWINAN
Calon Awam : Bujang
Calon Askar Laskar : Bujang/Berkahwin
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Am :
Lulus SPM/SPMV atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan DUA (2) KEPUJIAN tambahan dalam mana-mana mata pelajaran berikut:
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
- Perdagangan
- Matematik Tambahan
- Biologi
- Sains Tambahan atau Sains
- Fizik
- Kimia
- Teknologi Maklumat atau Reka Cipta
- Geografi atau Sejarah
- Teknologi Kejuruteraan atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Teknologi Automatif atau Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam atau Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara atau Teknologi Elektrik
- Lukisan Kejuruteraan atau Lukisan Geometri & Automotif atau Geometri & Binaan Bangunan atau Lukisan Geometri & Fabrikasi Logam atau Lukisan Geometri & Elektronik atau Lukisan Geometri & Mesin atau Lukisan Geometri & Penyaman Udara atau Lukisan Geometri & Elektrik
- Bahasa Inggeris atau English for Science & Technology
- Pendidikan Seni atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam atau Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Calon-calon yang terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet sebelum ditauliahkan sebagai pegawai selepas tamat latihan. Perlantikan dan pentauliahan adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatas dari masa kesemasa.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 23 December 2009 )
|