larger smaller reset
visimisilatest.gif
RMN Mission To Protect Malaysia's Sovereignty and Maritime Interests

RMN Vision To Be A World Class Navy (Always Excellent)

Homepage arrow News arrow MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA PDF Print E-mail
User Rating: / 3
PoorBest 
Written by Webmaster   
Friday, 28 August 2009
 Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 2009 kepada Angkatan Tentera Malaysia di Auditorium KEMENTAH, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2009.

Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri oleh Para Penderma kepada Angkatan Tentera Malaysia bagi tahun 2009 ini diadakan setiap tahun pada bulan Ramadhan. Sumbangan ini akan diagihkan kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia yang sedang menjalani operasi di dalam dan di luar negara termasuk Misi PBB serta yang bertugas semasa Hari Raya. Antara penyumbang terbesar adalah BAKTI, BAKAT, PETRONAS, Sapura Group of Companies, Affin Bank Berhad dan banyak lagi yang turut serta menderma kepada ATM.

Turut Hadir pada majlis tersebut adalah Ahli kehormat BAKTI, Y.A.Bhg Tun Dr. Siti Hasmah Hj. Mohd Ali, Yang Dipertua BAKTI, Y.A.Bhg Datuk Paduka Seri Rosmah Mansor, Penaung Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Kementerian Pertahanan, Yang Berbahagia Datin Sri Hamidah Khamis, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Hj. Zainal, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Abu Bakar bin Hj Abdullah, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta warga tentera dan awam Kementerian Pertahanan.
Last Updated ( Friday, 28 August 2009 )
 
< Prev   Next >