A+ A A-

Articles

MAJLIS KORBAN PERINGKAT MKTL BAGI TAHUN 2011

 
 

Majlis korban pada tahun ini melibatkan lapan ekor lembu dan tim penyembelihan diketuai oleh Lt Kol (Ustaz) Mohammad Idros bin Mohammad Yunus selaku Ketua Pentadbiran Bahagian Agama Islam TLDM.  Majlis tersebut dimulai dengan upacara penyerahan pisau sembelihan oleh YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar kepada Lt Kol (Ustaz) Mohammad Idros selaku ketua tim sembelihan sebagai simbolik, merasmikan majlis korban tersebut.

 

 

korban mk tl 3 korban mk tl 4

Selain dari itu,pada tengah harinya pula, majlis diteruskan dengan acara penyerahan daging korban oleh Pegawai Memerintah KD SRI GOMBAK, Kdr Rafe bin Hasyim TLDM dan Yang Berbahagia Datuk Seri Zulhasnan Rafique iaitu Ahli Parlimen Setiawangasa yang turut hadir meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan sambutan majlis tersebut.

Sumber : Perhubungan Awam Markas Tentera Laut
Artikel   : LK PNK Azamie bin Ab Rahim
Jurufoto : LK I TNL Hairianti binti Haidir

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Login or Register

LOG IN