A+ A A-

Articles

RETREAT MPL TLDM2011: NAFAS BARU PENTADBIRAN

PENUH_PERHATIAN9.jpg
PENUH PERHATIAN...semua pegawai kanan mendengar taklimat dan amanat yang diberikan oleh Dato' Tan Eng Seng (tengah kiri).

Pelaksanaan Retreat itu adalah dalam usaha memartabatkan pengurusan latihan serta memantapkan pentadbiran MPL TLDM dalam menetapkan halatuju bagi tahun 2012. 

Retreat yang telah diadakan selama tiga hari itu membabitkan 21peserta yang terdiri daripada Pegawai Memerintah dan Ketua Jabatan dari setiap unit formasi MPL TLDM. 

Terdapat lima objektif utama yang dibincangkan dalam retreat tersebut adalah membincangkan pencapaian dan cabaran pelaksanaan tugas sepanjang 2011, Navy Plan 2012 dan Aplikasi Pengurusan Strategik,  membincangkan dan menetapkan Key Perfomence Indicator (KPI) MPL TLDM, membincangkan dan menetapkan Kamus Data MPL TLDM serta penjajaran KP MPL TLDM kepada unit di bawahnaungan.

3

“Saya berharap objektif retreat yang dibincangkan ini dapat dimanfaatkan.  Saya juga berharap dengan adanya percambahan fikiran daripada yang terlibat ini dapat menetapkan halatuju MPL TLDM bagi 2012 

“Perbincangan ini adalah intipati penting untuk memberi nafas baru kepada beberapa perkara dalam menambahbaikkan pentadbiran dan pengurusan MPL TLDM,”  kata Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksamana Muda Dato’ Tan Eng Seng dalam ucapan penutup bagi Retreat MPL TLDM 2011.–tamat-

 

1 6

Sumber:  SeksyenPerhubunganAwam MPL TLDM

Artikel:  LK I PAP Raja Shaari Raja Jusoh

Jurugambar:  LK I PAP Raja Shaari Raja Jusoh

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Login or Register

LOG IN