PENGENALAN BAKAT LAUT

Sejarahbakat
Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) adalah suatu organisasi yang dianggotai oleh isteri semua lapisan pegawai dan LLP yang menganggotai ATM. Penubuhannya bertujuan untuk membimbing mereka dalam pelbagai aspek yang boleh membantu mereka untuk menjadi isteri dan ibu yang baik. Di samping itu, BAKAT bertujuan untuk meningkatkan silaturahim di kalangan semua ahlinya demi mewujudkan suasana harmonis yang mampu memberikan kesejahteraan kepada setiap ahli keluarganya. Secara tidak langsung ia juga akan memberi peransang kepada setiap anggota yang menjalankan tugas agar dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih efektif.


Mengimbas kembali sejarah bermulanya pertubuhan ini, Kelab Keluarga telah wujud sejak dari zaman pemerintahan kolonial lagi. Ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan isteri-isteri anggota tentera. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan menjaga kebajikan hal ehwal keluarga anggota tentera. Sejajar dengan perkembangan ATM ketika itu, Kelab Keluarga yang ada dibahagikan kepada 3 komponen iaitu, Darat, Laut dan Udara. Kelab Keluarga tersebut adalah di bawah naungan perkhidmatan masing-masing.

Pada 1 Jun 1976, Kelab Keluarga yang terdapat di setiap unit telah disusun semula dalam satu organisasi yang lebih teratur dan berperlembangan dan dinamakan sebagai Persatuan Isteri-isteri Tentera Darat (PERISAD), Persatuan Isteri-isteri Tentera Laut (PERISTELA) serta Persatuan Isteri-isteri Tentera Udara(PERISTU). Ketiga-tiga persatuan tersebut telah memainkan peranan mengikut perkhidmatan masing-masing. Seterusnya, pada 1 Oktober 1979, ketiga-tiga persatuan telah digabungkan menjadi sebuah organisasi yang besar yang dikenali sebagai Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera dan ringkasnya BAKAT dengan slogan “Bersama Berbakti” (Together We Serve).

 

Read 17679 times

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 351

Semalam 385

Bulan ini 7888

Keseluruhan 310408

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM