Kuala Lumpur, 19 Apr – Markas Tentera Laut dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan program derma darah bertempat di Dewan Seroja, Kementerian Pertahanan. Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin turut meluangkan masa menghadiri program ini sambil beramah mesra bersama penderma yang hadir.

WhatsApp Image 2018 04 19 at 22.46.35
Suasana Program Derma Darah di Dewan Seroja

WhatsApp Image 2018 04 19 at 22.48.29
Warga Kementerian Pertahanan yang hadir untuk menderma darah

Program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang telah dirancang sempena Sambutan Hari TLDM Ke-84. TLDM mengambil langkah proaktif terhadap penganjuran program derma darah berikutan permintaan yang tinggi terhadap bekalan darah di samping memupuk kesedaran tanggungjawab masyarakat untuk sama-sama menyumbang dalam membekalkan darah yang selamat dan mencukupi untuk kegunaan pesakit yang amat memerlukan. Usaha murni ini merupakan program kerjasama yang berterusan dan dilaksanakan saban tahun.

WhatsApp Image 2018 04 19 at 22.49.59
Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin
menyampaikan cenderakenangan Touch n Go Eksklusif TLDM
kepada anggota ATM yang menderma darah

WhatsApp Image 2018 04 19 at 22.53.38
Anggota TLDM gembira dapat melaksanakan
tanggungjawab sosial demi kepentingan umum

WhatsApp Image 2018 04 19 at 22.55.19
Gembira... Doktor dan Jururawat dari Pusat Tabung Darah Negara
turut menerima cenderakenangan dari Panglima Tentera Laut

Program ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial TLDM dan menjadi program penting bagi TLDM dengan tujuan menambah khidmat bakti kepada masyarakat.

Rujukan : 190418/03
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik TLDM
Artikel & Jurufoto : Cawangan Komunikasi Strategik TLDM

Kuantan, 19 Apr - Majlis Ceramah Perdana sempena Israk dan Mikraj 1439H/2018M telah dilaksanakan di surau Al-Amin RKTLDM Balok Perdana. Majlis ini telah dihadiri oleh PANGWILLA 1 YBhg Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Hj Muhamad Adib bin Abdul Samad, Ketua Staf MAWILLA 1, Kept Muhamad Shakir bin Salleh TLDM, serta pegawai-pegawai Memerintah dan pegawai-pegawai kanan serta warga MAWILLA 1.

1
Warga MAWILLA 1 khusyuk mendengar ceramah yang diberikan

2

3

4

Antara pengisian majlis adalah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ridzuan Hamizan, penceramah bebas daripada Tanjung Malim. Dalam ceramahnya, al fadil ustaz telah menyentuh berkaitan perjalanan Baginda Nabi SAW semasa Israk dan Mikraj serta pelbagai peristiwa yang diperlihatkan sebagai iktibar serta pengajaran kepada umat Baginda. Majlis ini telah mencapai objektif penganjuran di mana para hadirin telah terkesan dengan ceramah yang disampaikan. Dengan majlis sebegini diharap juga mampu memberi pendedahan ilmu serta perkongsian maklumat keagamaan dan mengeratkan jalinan ukhwah dikalangan warga serta masyarakat setempat dalam usaha memupuk semangat perpaduan.

Rujukan: 190418/02
Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel : Pejabat Agama MAWILLA 1
Jurufoto : Komunikasi Strategik MAWILLA 1

SANDAKAN, 19 April 2018 - Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) hari ini sekali lagi berkunjung ke Rumah Warga Tua Sri Harapan, Sandakan bagi tujuan melaksanakan program gotong-royong di persekitaran pusat jagaan tersebut.

Gambar 1
Berbaktilah pada kedua ibu bapa,
semoga hari esok kita lebih baik dari ‘mereka’

Gambar 2
Suasana persekitaran Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah pembersihan longkang, memotong rumput dan pokok dalam kawasan penempatan serta pembersihan kawasan sekitar rumah warga tua tersebut. Aktiviti dilaksanakan sebagai pengisian aktiviti bermanfaat kepada warga yang memerlukan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-84 (HUT TLDM 84).

Gambar 3
Navy People bergotong-royong membuat pembersihan

Gambar 4
Memotong pohon dan ranting yang mengganggu jalan raya

Selain itu, program yang melibatkan kerjasama antara unit-unit bawah naungan seperti KD SRI SANDAKAN (KDSS) dan Pasukan Simpan Sukarela TLDM (PSTL) Sandakan ini juga diharapkan dapat membuka mata masyarakat tempatan terhadap peranan dan sumbangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khasnya TLDM di masa aman atau 'military operation other than war' (MOOTW).

Gambar 5
Pembersihan longkang turut dilaksanakan

Gambar 6
Navy People bergembira, puas kerana dapat menabur
bakti pada warga tua yang kurang bernasib baik

Kehadiran Navy People ke pusat jagaan warga tua tersebut juga sedikit sebanyak telah mengubat rasa rindu warganya terhadap keluarga dan anak-anak mereka. Bagaikan aur dengan tebing, tentera dan masyarakat berpisah tiada. Program telah bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari.

"TRANSFORMASI PEMACU KECEMERLANGAN"

Rujukan: 190418
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : Lt Muhammad Danial bin Mohamad Rahim TLDM 
Jurufoto : LK PAP Haryanto bin Made

KUALA LUMPUR, 17 Apr – MIMOS Berhad dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menandatangani satu Nota Kolaborasi yang berbentuk kerjasama strategik bagi membangun dan meningkatkan teknologi maklumat serta komunikasi TLDM. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan membuat kajian keperluan menyeluruh serta penyelesaian yang memenuhi keperluan TLDM.

1
Laksamana Pertama Mohd Ridzuan (Kanan) dan
Encik Thillai Raj T. Ramanathan (Kiri)
ketika menandatangani Nota Kolaborasi

2
Kerjasama yang erat di antara kedua-dua pihak akan
meningkatkan lagi mutu perkhidmatan

Kerjasama ini merupakan kesinambungan kolaborasi di antara pihak MIMOS dan TLDM untuk membangunkan RMN Integrated Logistics Information System (RMN-ILIS) iaitu satu sistem logistik bersepadu yang menyokong keperluan logistik TLDM. RMN-ILIS menggunakan gabungan teknologi tempatan oleh MIMOS serta penggunaan teknologi semasa dipasaran berasaskan open source yang bersesuaian dengan keperluan TLDM. Sistem ini akan mempertingkat dan memantapkan koordinasi bantuan logistik serta pergerakan operasi TLDM secara fleksibel dan efektif pada masa hadapan.

3
Laksamana Ahmad Kamarulzaman bergambar
kenangan bersama wakil di antara kedua-dua pihak

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin serta Naib Presiden MIMOS; En. Nik Hisham bin Nik Ibrahim telah menjadi saksi pada majlis tersebut di mana TLDM telah diwakili oleh Asisten Ketua Staf Materiel; Laksamana Pertama Mohd Ridzuan bin Hamzah manakala MIMOS diwakili oleh Ketua Pegawai Teknologi; En. Thillai Raj T. Ramanathan.

Rujukan : 170418/02
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MkTL
Artikel & Jurufoto : Cawangan Komunikasi Strategik MkTL

Kuantan, 17 Apr - Majlis Jasamu Dikenang, Fair Winds and Following Seas telah berlangsung di Auditorium Al-Haimi, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang. Seramai 31 orang veteran telah dijemput dan diraikan pada majlis tersebut. Kesemua para veteran merupakan anggota yang telah berkhidmat di Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) serta unit di bawah naungan MAWILLA 1.

JASAMUDIKENANG1JASAMUDIKENANG2Nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Hj Muhamad Adib bin Abdul Samad, Panglima Wilayah Laut 1. Majlis ini merupakan satu simbolik kepada ucapan terima kasih dari warga The Navy People kepada khidmat dan bakti para pesara selama ini. Dalam ucapannya, PANGWILLA 1 telah menyatakan bahawa TLDM tidak sekali mengabaikan kebajikan para pesara TLDM malah akan terus komited dalam memberikan bantuan khidmat sosial selayaknya. Justeru, para pesara yang diraikan turut menerima Sijil Simpanan Premium BSN dan Sijil Penghargaan yang disampaikan sendiri oleh PANGWILLA 1.

JASAMUDIKENANG3JASAMUDIKENANG4JASAMUDIKENANG5Penyampaian Sijil Simpanan Premium BSN dan Sijil Penghargaan
JASAMUDIKENANG6
Ucapan PANGWILLA 1
JASAMUDIKENANG7
Ucapan wakil pesara TLDM

Pesara TLDM ini turut berpeluang untuk beramah mesra bersama PANGWILLA 1, Ketua Staf serta pegawai-pegawai Memerintah dan pegawai-pegawai kanan di bawah naungan Markas Wilayah Laut 1 yang turut hadir meraikan mereka.

JASAMUDIKENANG8Sesi Bergambar

Rujukan: 170418/01
Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Jurufoto : LK PBS Mohd Shahfulnizam bin Abu Kasim

KUALA LUMPUR, 16 Apr – Pameran Defence Services Asia 2018 (DSA 2018) merupakan pameran industri pertahanan yang terulung di rantau ini. Walaupun pameran ini lebih menjurus kepada elemen pertahanan darat, kehadiran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilihat sebagai komponen penting dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan turut diberi perhatian oleh Jawatankuasa Penganjur bagi memastikan penganjuran pameran ini memberi impak yang maksimum kepada semua pihak. TLDM turut terlibat di dalam penganjuran DSA yang terdahulu namun pada sesi kali ini, Segmen Maritim melalui penyertaan pameran diperkenalkan bagi menarik lebih banyak penyertaan.

1
Timbalan Menteri Pertahanan ketika merasmikan DSA 18

2
Dato’ Seri Hishammuddin, Menteri Pertahanan melancarkan
Aplikasi K3M 2.0 SEALERT di Booth pameran TLDM

3
Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman, Panglima Tentera Laut
memberi penerangan kepada YAB Perdana Menteri
mengenai kapal LMS TLDM yang sedang dalam pembinaan

Penglibatan angkatan laut negara luar adalah terhad kepada penyertaan delegasi sebagai tetamu bagi menghadiri pameran tersebut. Seramai 5 orang Panglima Tentera Laut (PTL) dan 18 orang wakil PTL telah mengesahkan kehadiran.

4
Pameran DSA 18 yang diadakan ini memberi peluang untuk
mendapatkan perkembangan terkini tentang industri pertahanan

5
Antara pegawai tentera dari luar negara yang hadir menyaksikan pameran DSA 18

6
Berpeluang meninjau teknologi terkini dari
syarikat yang mengambil bahagian

Konsep pameran TLDM bagi DSA 2018 adalah bertemakan Program Transformasi TLDM yang dikenali sebagai RMN Transformation Programme #15to5. Sepanjang pameran, TLDM turut berkongsi maklumat berkenaan pendekatan inovatif yang digunakan bagi menyokong program ini selaras dengan penekanan hala tuju Kementerian Pertahanan dari aspek Kesiagaan, Keselamatan dan Diplomasi Pertahanan. Ruang pameran RMN’s Pavillion bakal mengadakan Demonstrasi Aplikasi Kesedaran, Keselamatan dan Komuniti (K3M) 2.0 (SEALERT). K3m 2.0 adalah penambahbaikan daripada K3M 1.0 dan akan berfungsi bermula akhir bulan Mei. Sehingga kini, terdapat 7,140 pengguna aplikasi tersebut. Secara tidak langsung, pameran ini juga dapat memberi pendedahan kepada delegasi luar yang berkunjung di samping memberikan idea kepada pengeluar industri berkaitan peranan dan sumbangan yang dapat dikongsikan bagi menjayakan DSA 2018.

Rujukan: 160418/04
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MkTL
Artikel & Jurufoto : Cawangan Komunikasi Strategik MkTL

SANDAKAN, 16 April 2018 – Sempena sambutan Hari TLDM ke-84, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan Program Hari Bersama Media bertempat di Kapal Auksiliari TUN AZIZAN (KA TAZ) yang sedang beroperasi di perairan Sandakan. Program interaksi itu telah dirasmikan oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), YBhg Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman bin Haji Ayob.

Gambar 1
Jelas terpapar wajah kegembiraan para wartawan apabila
mendapat peluang merasai pengalaman di kapal TLDM

Gambar 2
Pegawai Persenjataan KA TAZ, Lt Juhaizal memberi
taklimat penembakan kepada pengamal media

Gambar 3
Para wartawan tekun mendengar taklimat keselamatan

Gambar 4
KATB 2 (duduk tengah) turut hadir berikan sokongan terhadap
program bersama ADUN Karamunting (duduk kanan)
dan Ketua Staf MAWILLA 2 (duduk kiri)

Dalam program tersebut, pengamal media telah diberi peluang untuk bersama-sama merasai pengalaman melaksanakan latihan penembakan senjata kecil di laut, Program Rakan Maritim (RAKAM) dan interaksi pemimpin setempat bersama komuniti maritim serta promosi Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) kepada bot nelayan tempatan. Program RAKAM dan Aplikasi K3M merupakan inisiatif TLDM dalam mempertingkatkan medium penyampaian maklumat seterusnya memperkasa hubungan dua hala di antara pihak TLDM dan komuniti maritim bagi memperkukuhkan lagi keselamatan perairan maritim negara.

Gambar 5
Ketua Staf MAWILLA 2 turut memberi penerangan tatacara
pengoperasian senjata kecil M4 kepada wartawan yang hadir

Gambar 6
PANGWILLA 2 beramah mesra bersama pengamal media

Gambar 7
Aktiviti penembakan senjata M4

Gambar 8
Penembakan GPMG turut dilaksanakan

Program ini dianjurkan khas bagi meraikan rakan-rakan media termasuk kru-kru penerbitan yang telah banyak berjasa dalam memapar dan memberikan imej positif kepada TLDM khasnya MAWILLA 2. Sasaran program ini juga bagi menunjukkan kepada masyarakat setempat bahawa kawasan perairan Sandakan adalah selamat dan ini telah meningkatkan keyakinan komuniti maritim terhadap keselamatan perairan maritim negara.

Gambar 9
Pertandingan menembak senjata kecil Glock 17

Gambar 10
Wartawan yang hadir gembira dapat merasai
pengalaman menembak senjata kecil

Dalam ucapan PANGWILLA 2 telah mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada pengamal media yang telah banyak membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khasnya TLDM di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau ESSZone dalam penyampaian maklumat yang tepat sekaligus membuka mata masyarakat setempat mengenai peranan dan tanggungjawab TLDM di wilayah laut ini. Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pegawai Memerintah KA TAZ, Komander Mohamad Hafiz bin Faisal TLDM atas penganjuran program ini dan berharap aktiviti interaksi sebegini akan diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan di antara TLDM dan pengamal media.

Gambar 11
PANGWILLA 2 menyampaikan hadiah kepada
pemenang pertandingan menembak

Gambar 12.JPG
Para pengamal media bergambar bersama
PANGWILLA 2 dan kru KA TAZ

Program ini juga turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Lt Kdr (K) Datuk Charles O Pang PSSTLDM dan Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (KATB 2), Brigadier Jeneral Zarondin Md. Amin yang juga Pemerintah Kawalan Operasi dan Taktikal bagi pengoperasian pasukan ATM untuk Op PASIR serta Ketua Staf MAWILLA 2, Kepten Zahari bin Samsuri.

"TRANSFORMASI PEMACU KECEMERLANGAN"

Rujukan : 160418/03
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : Lt Muhammad Danial bin Mohamad Rahim TLDM & Lt Ahmad Hanafi bin Fuzi TLDM
Jurufoto : LK I JTP Erick Foo Guan San 

Kuantan, 16 Apr - Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-84, satu wawancara khas bersama Kept Muhamad Shakir bin Salleh TLDM (Ketua Staf ) telah diadakan bersama radio Pahang FM. Ketua Staf diiringi oleh Pegawai Komunikasi Strategik iaitu Lt Zulfadli bin Abd Manas TLDM telah hadir ke konti Pahang FM untuk ditemuramah secara langsung oleh penyampai radio Pahang FM bertugas.

1
Ketua Staf ketika ditemuramah Juruhebah radio Pahang FM,DJ Rokiah

2

3

4

Wawancara ini merupakan salah satu program mempromosikan sambutan Hari Terbuka Armada yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad, (28 dan 29 Apr) di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang. Selain itu, Ketua Staf turut mempromosikan aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung di luar pangkalan seperti di Pantai Teluk Cempedak dan Program Ziarah Kasih Mawilla 1 yang akan berlangsung di Rumah Orang-Orang Tua Seri Permai. Wawancara ini diadakan bertujuan untuk menarik minat dan menggalakkan orang ramai terutamanya warga Kuantan untuk hadir bagi memeriahkan sambutan ini. Berpandukan pencapaian HTA tahun 2012, promosi melalui media massa seperti ini telah berjaya memberi kesan positif dan menarik minat pengunjung yang kebanyakannya adalah warga Kuantan dan sekitarnya.

5
Sesi bergambar di konti

Program ini dilihat dapat memberi hebahan yang lebih menyeluruh dan berkesan selain pengagihan flyers dan pemasangan banner serta bunting yang mana telah dilakukan lebih awal. Sepanjang wawancara, Ketua Staf telah menerangkan berkenaan aturcara sambutan Hari Terbuka Armada dan program-program yang akan dilaksanakan sepanjang sambutan tersebut. Program ini dilihat dapat memberi hebahan yang lebih menyeluruh dan berkesan selain pengagihan flyers dan pemasangan banner serta banting yang mana telah dilakukan lebih awal. Sepanjang wawancara, Ketua Staf telah menerangkan berkenaan aturcara sambutan Hari Terbuka Armada dan program-program yang akan dilaksanakan sepanjang sambutan tersebut.

Rujukan : 160418/02
Sumber & Artikel : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Jurufoto : LK I PAP Saiful bin Ahmad Nasir

14 Apr 18 – Majlis reunion krew pertama Frigate 2000 KD LEKIU dan KD JEBAT telah dilaksanakan di Pangkalan TLDM Lumut dengan jayanya. Majlis ini diadakan julung kalinya sejak mula dibina pada tahun 1992 di Yarrow Shipbuilders, Scotland, United Kingdom dan ditauliahkan pada tahun 1999. Tujuan majlis ini dilaksanakan adalah untuk mengenang jasa bakti tim projek dan krew pertama di perantauan dalam pembinaan kedua-dua kapal seterusnya membawa pulang kapal ke tanah air. Majlis ini turut menyuntik ilham dan semangat kepada warga kapal KD LEKIU dan KD JEBAT sekarang untuk meneruskan kesinambungan jasa kepada tanah air.

WhatsApp Image 2018 04 16 at 17.13.18
Bergambar kenang-kenangan bersama Tim Projek dan Kru Pertama

WhatsApp Image 2018 04 16 at 17.13.56
Majlis Tahlil turut diadakan untuk reunion kali perttama ini

WhatsApp Image 2018 04 16 at 17.14.40

Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Badarudin yang merupakan tim projek dan Pegawai Laksana pertama KD JEBAT. YBhg PTL amat berbangga terhadap kesiagaan kedua-dua kapal semasa lawatan reunion berlangsung dan turut menekankan terhadap aspek selenggaraan, kesiagaan dan keselamatan hendaklah sentiasa di tahap tertinggi seperti mana diamalkan secara efisient. YBhg PTL turut menyampaikan pelaksanaan program Royal Malaysian NAVY Transformaion 15 to 5 di kapal. Mantan Pegawai Memerintah pertama KD LEKIU, Laksamana Maritim (B) Datuk Mohd Amdan bin Kurish hadir dalam majlis ini manakala Panglima Markas PAB, Laksamana Madya Dato’ Seri Mohd Roslan bin Mohd Ramli sebagai Penaung Majlis ini adalah merupakan Pegawai Laksana pertama KD LEKIU.

WhatsApp Image 2018 04 16 at 17.15.55
Panglima Tentera Laut memberi cenderehati kepada
Laksamana Maritim (B) Mohd Amdan bin Kurish,
Mantan Pegawai Memerintah Pertama KD LEKIU

WhatsApp Image 2018 04 16 at 17.16.18
Gambar kenangan semasa majlis

Majlis ini turut diraikan bersama keluarga krew pertama kedua-dua kapal. Atur cara majlis ini dimulakan di Serambi Markas PAB dengan jamuan makan tengah hari, bacaan Tahlil dan Sembahyang Asar di Surau Al Fateh. Seterusnya warga krew pertama Frigate 2000 dan keluarga telah melawat KD LEKIU dan KD JEBAT di sebelah petang. Manakala acara di waktu malam disusuli dengan majlis BBQ di Pusat Latihan Kemahiran Air (PLKA) dengan persembahan musikal oleh Gelombang Biru. Secara keseluruhannya majlis reunion bekas krew pertama KD LEKIU dan KD JEBAT telah berjaya dilaksanakan dengan keceriaan warga krew pertama Frigat 2000.

Rujukan: 160418/01
Sumber : Perhubungan Awam Markas Pemeritahan Armada
Artikel : LK PBS MOHD Mubin bin Mohd Salim

SANDAKAN, 15 April 2018 - Bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-84 (HUT 84) pada bulan ini, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah menganjurkan Projek Jiwa Murni di Rumah Warga Tua Sri Harapan bersama Rumah Anak Yatim Al-Yakin, Sandakan.

Jiwamurni1Navy People menyambut ketibaan anak-anak yatim
dari Rumah Anak Yatim Al-Yakin
Jiwamurni2Suasana dalam majlis ramah mesra Navy People
bersama warga tua dan anak-anak yatim
Jiwamurni3Navy People beramah mesra bersama warga tua
Jiwamurni4Menyelami kisah hidup warga tua
Jiwamurni5
Navy People dari PSTL Sandakan turut serta bersama

Program yang dirasmikan oleh Ketua Staf, Kepten Zahari bin Samsuri itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Lt Kdr (K) Datuk Charles O Pang Su Pin PSSTLDM yang turut menyumbangkan pebagai barangan elektrik untuk kegunaan Rumah Warga Tua Sri Harapan dan Rumah Anak Yatim Al-Yakin.

Jiwamurni6Ketua Staf menyampaikan cenderahati buat warga tua
Jiwamurni7
Kehadiran Navy People telah mengubat rindu warga tua yang telah uzur

Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala antara TLDM dan warga tua serta anak-anak yatim seterusnya mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain selain dari memupuk semangat setiakawan serta sikap tolong menolong dan bantu-membantu dalam masyarakat.

Jiwamurni8Ketua Staf menyampaikan sumbangan dari Navy People
kepada Rumah Anak Yatim Al-Yakin
Jiwamurni9
Pegawai Memerintah KDSS, Komander Mohd Fazla bin Rahim TLDM
menyampaikan sumbangan daripada ADUN Karamunting (berdiri tengah)

Selain itu program yang melibatkan kerjasama antara unit-unit bawah naungan seperti KD SRI SANDAKAN (KDSS) dan Pasukan Simpan Sukarela TLDM (PSTL) Sandakan ini juga dapat membuka mata masyarakat tempatan terhadap peranan dan sumbangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khasnya TLDM di masa aman atau military operation other than war (MOOTW). Matlamat program juga bertujuan bagi mempromosikan TLDM kepada anak-anak yatim yang bakal meninggalkan zaman persekolahan mereka.

Jiwamurni10Navy People bergambar bersama ADUN Karamunting,
warga tua dan anak-anak yatim

Seramai lebih kurang 60 orang warga tua dan anak-anak yatim telah diraikan dalam program kemasyarakatan TLDM ini. Antara aktiviti lain yang dijalankan sepanjang program adalah seperti cabutan bertuah dan lawatan ke sekitar Rumah Warga Tua Sri Harapan bagi meninjau lagi program yang boleh dilaksanakan bagi membantu meningkatkan keselesaan warga tua di situ. Selain itu, ADUN Karamunting dan Ketua Staf serta warga Navy People turut beramah mesra bersama-sama anak-anak yatim dan warga tua yang hadir.

"TRANSFORMASI PEMACU KECEMERLANGAN"


Rujukan: 150418/07
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Muhammad Danial bin Mohamad Rahim TLDM 
Jurufoto: LK I HDI Mohd Saiful Nizam bin Abd Aziz

HARI TLDM KE - 84

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 345

Semalam 773

Bulan ini 14815

Keseluruhan 412105

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM