Jul 08

PTL RAI PASUKAN PROJEK LITTORAL MISSION SHIP

Kuala Lumpur, 7 Jul - Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin telah meluangkan masa menghadiri Majlis Ramah Mesra Meraikan Pasukan Projek Littoral Mission Ship (LMS) TLDM yang diadakan di KD SRI GOMBAK. Tim LMS yang terdiri daripada tujuh pegawai dan lima Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) daripada pelbagai kepakaran akan berada di China bagi tempoh tiga tahun bagi memantau pembinaan dan kemajuan projek kapal LMS TLDM di sana. Pembinaan kapal LMS di China akan menyumbang kepada kesiapsiagaan armada TLDM dan sebagai satu titik permulaan kepada Transformasi Armada 15to5 yang diperkenalkan Panglima Tentera Laut. Dalam ucapan beliau, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman menyatakan projek pembinaan ini pastinya dapat menggalakkan pertukaran teknologi antara China dan Malaysia selain dapat mengukuhkan hubungan diplomasi antara kedua negara di samping bermatlamat menggantikan kapal TLDM yang telah berusia secara berperingkat.

LMS Kata Semangat

Panglima Tentera Laut (empat dari Kiri) memberi kata semangat kepada
Tim Pasukan Projek Littoral Mission Ship sebelum berlepas ke China

LMS Ucapan PTL
Satu tanggungjawab kepada TIM LMS untuk melaksanakan tugasan dengan sempurna

LMS Group Photo
Panglima Tentera Laut (Tengah) bergambar kenangan bersama Tim Pasukan LMS


LMS Bersama Keluarga 
Ahli keluarga Tim Projek LMS turut hadir sama meraikan majlis yang bermakna ini
 

Acara ramah mesra antara ahli keluarga Tim LMS bersama Panglima Tentera Laut hari ini jelas membuktikan bahawa TLDM sentiasa menjaga kebajikan warga the Navy People dan keluarga selain turut memberikan peluang bagi the Navy People yang berpotensi untuk menerokai peluang yang cerah di masa hadapan.

Rujukan: 070717/02
Sumber: Caw. Komunikasi Strategik
Artikel: Lt Dya Nur Asikin bt Johari TLDM
Jurugambar: LK TNL Muhammad Idris Suradi



Last modified on Saturday, 08 July 2017 23:52

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 391

Semalam 324

Bulan ini 9126

Keseluruhan 326178

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM