Jul 09

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PADA 7 JUL 17

7 Julai 2017 – Majlis Pemakaian Pangkat telah diadakan di Dewan Makan D20, Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Upacara pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Lumut, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Khairuddin bin Mohd Arif. Seramai 19 anggota terlibat yang terdiri dari Markas Pangkalan Lumut dan unit bawah naungannya.

1
Kehadiran Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Khairuddin bin Mohd Arif

2

3
Nyanyian Negaraku Dan Samudera Raya

Warga yang dinaikkan pangkat seorang Pegawai Waran Satu, Pegawai Waren Dua seramai 4 anggota, Bintara Kanan seramai 7 anggota, Bintara Muda seramai 4 anggota dan Laskar Kanan seramai 3 anggota. Komander Pangkalan Lumut, YBhg Dato’ telah menyampaikan ucapan tahniah dan berharap dengan kenaikkan pangkat ini ianya dapat menambah semangat dan komitmen dalam melaksanakan tugas dengan lebih bertanggungjawab dan berkesan.

4
Pemakaian Pangkat

5

6Ucapan oleh Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Khairuddin bin Mohd Arif

Beliau juga menyeru kepada seluruh warga pangkalan untuk bersama-sama meningkatkan tahap disiplin dengan tidak melibatkan diri dengan aktiviti dadah, khalwat, air ketum dan penglibatan militan dimana ianya semakin menular di kalangan warga  The Navy People.  

7
Sesi Bergambar

8

Di akhir ucapan, beliau berharap setiap warga markas sentiasa menjadi tunjang di dalam menyalurkan bantuan, kesiapsiagaan dan pentadbiran di pangkalan TLDM Lumut dan mendoakan agar diberi petunjuk dan kekuatan serta jati diri yang tinggi ke arah kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan di hari mendatang. Majlis berjalan dengan jayanya dan berakhir pada jam 1130 pagi.

Rujukan: 070917/01
Sumber :KOMUNIKASI STRATEGIK ARMADA BARAT
Artikel :P/PW II PNK Noredah binti Kasmin
Jurufoto : Komunikasi Strategik Armada Barat

Last modified on Friday, 14 July 2017 01:30

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 391

Semalam 324

Bulan ini 9126

Keseluruhan 326178

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM