Jul 09

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT TLDM BAGI TAHUN 2017

LUMUT, 7 Jul 17 – Majlis Tilawah Al-Quran adalah satu daripada aktiviti tahunan TLDM yang diadakan untuk memilih wakil TLDM ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat ATM. Tilawah peringkat TLDM kali ini telah diwakili oleh warga TLDM daripada 4 formasi TLDM. Seramai 13 orang peserta memperdengarkan bacaan bagi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Pegawai, Kategori Qari dan Kategori Qariah. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat TLDM kali ini turut membuat kelainan dengan memperkenalkan kategori baru iaitu kategori saudara muslim.

1
Persembahan Nasyid sebagai pembuka
majlis Tilawah Al-Quran Peringkat TLDM bagi tahun 2017

2
Ketibaan PTL disambut oleh warga TLDM yang turut hadir ke
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat TLDM

3
Penyampaian hadiah kepada Pemenang Keseluruhan

Proses pembelajaran, pembacaan, pemahaman dan penghayatan Al-Quran merupakan aktiviti yang seharusnya berlaku secara istiqamah. Selain usaha pembelajaran dan pembacaan, warga TLDM juga perlu mempelajari maksud dan tafsiran al-quran yang sebenar daripada sumber yang berautoriti agar tidak mudah dipengaruhi oleh anasir tidak sihat yang mempergunakan ayat-ayat Al-Quran bagi tujuan tertentu seperti gerakan militan daesh dan apa jua bentuk ajaran yang menyeleweng.

4
Penyampaian hadiah kepada Pemenang Kategori Qari

5
Penyampaian hadiah kepada Pemenang Kategori Qariah

6
Penyampaian hadiah saguhati kepada peserta kategori saudara muslim

7
Penyampaian Piala Pusingan Kepada
Markas Pemerintahan Barat selaku Johan keseluruhan

8
Dewan M.Sidek Shabudin KDP dipenuhi warga TLDM yang tidak
melepaskan peluang ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran TLDM 2017

Bertepatan dengan usaha bagi memupuk ransangan serta galakan terhadap amalan membaca Al-Quran di kalangan warga, TLDM telah memilih 'Al-Quran Pemangkin Kesempurnaan Iman’ sebagai tema bagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat TLDM bagi tahun 2017. Turut hadir menyempurnakan majlis penutup tilawah adalah Panglima Tentera Laut, YBhg Laksmana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin
Keputusan penuh pertandingan mengikut kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

1. Kategori Pegawai
a. Lt Mohd Arif bin Soef TLDM – MK PAB (Johan)
b. Lt Mohd Shamram bin Ramli TLDM - MPPL TLDM (Naib Johan)
c. Lt Kdr Salsabil Ismail bin Paujah @ Ismail TLDM – MK PAT (Saguhati)
d. Lt Muhammad Nur Ariffin bin Rahmat TLDM – MTL (Saguhati)

2. Kategori Qari
a. LK 1 Mohd Syahid bin Salim – MK PAT (Johan)
b. BM TNL Zulkernain bin Mohd Nor – MK PAB (Naib Johan)
c. LK TMK Mohd Izzat Amir bin Abd Aziz – MPPL (Saguhati)
d. PW 2 TNL Ismail bin Mat Ali – MTL (Saguhati)


3. Kategori Qariah
a. LK TNL Norzaiyana binti Kamaludin – MK PAB (Johan)
b. LK PNK Noor Elyda binti Ngah – MTL (Naib Johan)
c. Siti Hajar binti Mohamad – MK PAT (Saguhati)
d. Nor Suhaily binti Seman - MPPL (Saguhati)

4. Kategori Saudara Muslim
a. PW 2 TLS Ahmed Clement bin Sanga

9
Panglima Tentera Laut bergambar bersama
Peserta Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat TLDM

10
YBhg PTL bergambar bersama pegawai dan staf yang telah
menyediakan jamuan bagi majlis penutup
tilawah al quran peringkat TLDM tahun 2017

11
YBhg PTL beramah mesra bersama pelatih KDP semasa jamuan ringan

Tilawah Al-quran peringkat TLDM yang merupakan aktiviti tahunan saban tahun, diharapkan dapat mencapai objektif yang disasar dan seterusnya meningkatkan lagi budaya mencintai al-Quran di kalangan warga TLDM.

Rujukan: 090717/02
Sumber :Perhubungan Awam MPPL TLDM
Artikel :Perhubungan Awam MPPL TLDM
Jurufoto :Perhubungan Awam MPPL TLDM

Last modified on Sunday, 09 July 2017 04:11

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 352

Semalam 385

Bulan ini 7889

Keseluruhan 310409

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM