Jul 11

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KD SULTAN IDRIS I

Lumut, 10 Jul 17 (Isnin) – Majlis pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah KD SULTAN IDRIS I, Kept Ee (Yee) Tai Peng TLDM. Majlis ini diadakan bagi meraikan kenaikan pangkat Pegawai Memerintah Kursus Aplikasi Pegawai Muda 10/17 (KAPM 10/17), Lt M Chan Jun Kwan ke Lt Dya TLDM. Upacara dimulakan dengan ketibaan Pegawai Memerintah dan diteruskan dengan nyanyian Negaraku dan Samudera Raya.

1
Menunggu Ketibaan Pegawai Memerintah

2
Ketibaan Pegawai Memerintah KD SULTAN IDRIS I

3
Pemakaian Pangkat Lt M Chan Jun Kwan TLDM ke Lt Dya TLDM

Beliau merupakan anak jati Alor Setar, Kedah. Beliau telah berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa dari United States Naval Academy (USNA) dengan nilai gred purata keseluruhan 3.62. Beliau dinaikkan pangkat ke Lt Dya TLDM dengan tarikh kekananan bermula 28 Mei 2017. Kenaikan pangkat ini adalah diatas kecemerlangan yang ditunjukkan dan sebagai kepercayaan pucuk pimpinan TLDM kepada beliau dengan amanah serta tanggungjawab yang digalas olehnya sebagai pegawai dalam TLDM. Majlis Pemakaian Pangkat ini disaksikan oleh semua warga KDSI I. Acara diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Lt M Aiman Haziq bin Kamaruddin TLDM dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Rujukan: 110717/01
Sumber: Kursus Aplikasi Pegawai Muda 10/17 (KAPM 10/17), KD SULTAN IDRIS I
Artikel: Lt M Mohamad Termimi bin Mohamad Shuib TLDM
Jurufoto: Lt M Muhammad Aisamuddin bin Senin TLDM

Last modified on Friday, 14 July 2017 00:57

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 351

Semalam 385

Bulan ini 7888

Keseluruhan 310408

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM