Jul 11

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LLP DI MAWILLA 1

Tanjung Gelang, 10 Julai 17 - Markas Wilayah Laut 1 (MWL 1) telah melaksanakan Majlis Pemakaian pangkat anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bertempat di Auditorium Al-Haimi. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Laksamana Muda Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Wilayah Laut 1 (PWL 1) dengan disaksikan oleh 250 orang warga The Navy People di pangkalan ini. Seramai 25 anggota LLP telah dinaikkan ke pangkat Pegawai Waren II (9 orang), Bintara Kanan (9 orang), Bintara Muda (5 orang) dan Laskar Kanan (2 orang).

1
Majlis pemakaian pangkat anggota LLP oleh Panglima
Wilayah laut 1 di Dewan Al-Haimi

2

3

4
Ucapan dan amanat oleh Panglima Wilayah laut 1 kepada warga The Navy People

5
Sesi bergambar bersama anggota yang telah dinaikkan pangkat

Dalam ucapannya, PWL 1 menyatakan kenaikan pangkat merupakan manifestasi pengiktirafan dan kepercayaan TLDM terhadap prestasi cemerlang anggota yang telah dinaikkan pangkat. Kenaikan pangkat turut disusuli dengan peningkatan tanggungjawab yang lebih mencabar. Majlis Pemakaian Pangkat ini diharapkan dapat memberi motivasi dan perangsang kepada semua warga The Navy People khasnya di MWL 1 untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

“Always Number One”

Rujukan: 110717/02
Sumber: PR Mawilla 1
Artikel: PR Mawilla 1
Jurufoto: PR Mawilla 1

Last modified on Tuesday, 11 July 2017 03:36

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 351

Semalam 385

Bulan ini 7888

Keseluruhan 310408

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM