Jul 12

PROGRAM PERKHEMAHAN PKBM (LAUT) PERINGKAT KEBANGSAAN DAN FITNESS ORIENTATION MANAGEMENT DEVELOP EXERCISE (FOMDEX) PLASTLDM TAHUN 2017

Kuching, 7 Julai 2017 – Bertempat di Politeknik Kuching, Sarawak, telah berlangsung Perkhemahan Tahunan PKBM (L) Peringkat Kebangsaan Zon Sarawak serta Fitness Orientation Management Develop Exercise (FOMDEX) PLASTLDM & PSSTLDM KUCHING 2017 selama tiga hari dua malam yang dijalankan serentak bermula pada 7 Julai 2017 hingga 9 Julai 2017. Kem Tahunan PKBM (L) terdiri dari para pelatih dari tiga buah sekolah iaitu SMK Pending, SMK Seri Setia serta Kolej Vokasional Matang, manakala Program FOMDEX telah melibatkan anggota-anggota dari PSSTLDM Kuching serta PLASTLDM Kuching.

GAMBAR 1
Program Jiwa Murni PSSTLDM dan PLASTLDM di Maahad Tahfiz Raudhatul 
Jannah Kampung Selang Ulu Matang

GAMBAR 2
Aktiviti Berjalan Lasak PKBM (Laut), PLASTLDM diiringi PSSTLDM
GAMBAR 3
Boatswain Call dan Tali Menali PKBM (Laut)

GAMBAR 5
Aktiviti Jungle Trekking PSSTLDM dan PLASTLDM di Satow, Bau, Sarawak

GAMBAR 6
PSSTLDM menjalani kuiz Twitter dan RMN Official App


Aktiviti yang telah dijalankan adalah Program Jiwa Murni yang bertempat di Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah Kampung Selang Ulu Matang dan Klinik Kesihatan Telaga Air Sarawak, aktiviti jalan lasak, pertandingan meniup boatswain call, tali menali, kawad kaki kepada pelatih PKBM (L), jungle trekking di Satow, Bau, Sarawak serta pertandingan persembahan dari para pelatih. Anggota PSSTLDM Kuching juga berkesempatan menyertai kuiz Tweeter dan RMN Official App bagi meningkatkan tahap kesedaran anggota terhadap kepentingan media sebagai medium promosi TLDM. Selain itu, aktiviti sukan turut diadakan bagi memastikan setiap pelatih sentiasa berada dalam keadaan bertenaga.

GAMBAR 7
Persembahan dari PKBM (LAUT) pada malam penutupan, 8 Julai 2017

GAMBAR 8
Ucapan daripada Lakasamana Pertama Zualkafly Haji Ahmad, Ketua Staf Markas
Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM di Majlis Penutupan Program

GAMBAR 9
Sesi fotografi YB Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi bersama PKBM (Laut),
PLASTLDM Politeknik Kuching, dan PWTL dan PSTL Kuching

Majlis penutup program dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan Elektrik) merangkap ADUN Pantai Damai N4. Ketua Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM Laksamana Pertama Zualkafly Haji Ahmad turut hadir semasa majlis. Turut Hadir, Lt Kolonel Bersekutu (PA) Kamaludin bin Daud, Pengarah Politeknik Kuching, Lt Kdr Aminudin bin Bohimin TLDM, Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching, dan En Abdul Samad bin Rosli, Wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Program ini diadakan bagi melahirkan legasi TLDM untuk masa akan datang dan meningkatkan lagi kesedaran pentingnya pertahanan dalam negara kita.

Rujukan: 120717/01
Sumber: PSTL KUCHING
Artikel: PK NURAAINAA NABILAH BINTI ISMAIL PSSTLDM
Jurufoto: LK PAP AWANGKU AHMAD SALEHIN

Last modified on Wednesday, 12 July 2017 07:28

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 391

Semalam 324

Bulan ini 9126

Keseluruhan 326178

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM