Jul 12

PENYERAHAN CEK SUMBANGAN KOPERASI TENTERA

Kota Kuala Muda – 11 Jul 17 (Selasa). Bertempat di rumah waris kepada arwah 832928 LK PAP Ridwan Bin Tarmizi telah dilaksanakan Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Koperasi Tentera kepada Isteri (Siti Mariam binti Mohd Sharif) dan ibu (Zubaidah binti Saidin) bertempat di alamat F 791 Kg Teluk Nipah, Kota Kuala Muda Kedah. Majlis ini telah disempurnakan oleh AMP PROTELA Lumut, Kdr Mohd Kamaruddin bin K.Asnar TLDM dan turut dihadiri oleh Pegawai PROTELA Lumut, Lt Muhamad Naim bin Zainol Abidin TLDM. Allahyarham telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 11 Mei 17 yang lalu.

pic 1 penyerahan check kepada isteri Arwah
Penyerahan Cek Khairat Kematian Sumbangan Koperasi Tentera kepada
Puan Siti Mariam bte Ahmad Sharif (isteri arwah)

pic 2 Penyerahan Check kpada ibu Arwah
Penyerahan Cek Ahli Sumbangan Koperasi Tentera kepada
Puan Zubaidah bte Saidin (ibu arwah)

Di dalam Majlis tersebut, AMP mengharapkan penyerahan cek ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban serta kesedihan keluarga atas pemergian Allahyarham. Semoga usaha seumpama ini dapat menzahirkan keprihatinan pucuk pimpinan TLDM terhadap kebajikan warganya sentiasa diutamakan.

Rujukan: 120717/02
Sumber: Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut
Artikel: LK PAP NAI PRICHA A/L SOOM CHOK
Jurufoto: Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut

Last modified on Friday, 14 July 2017 01:13

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 351

Semalam 385

Bulan ini 7888

Keseluruhan 310408

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM