Jul 12

CERAMAH JEMPUTAN: NAVAL STRIKE MISSILE – POTENTIAL AND CAPABILITY

Lumut, 11 Jul - PUSTAKMAR telah menganjurkan satu ceramah bertajuk Naval Strike Missile-Potential and Capability di Auditorium Zain, PUSTAKMAR pada 11 Jul 17. Penceramah bagi topik ini adalah Mr. Stale Mortensson yang merupakan Regional Director of Division Missile, Syarikat Kongsberg Defence and Aerospace. Ceramah ini telah dihadiri seramai 80 Pegawai TLDM khususnya Pemerintah dan Pegawai Peperangan Kapal.Topik yang disampaikan adalah bertepatan seiring dengan perancangan pembekalan sistem persenjataan tersebut di dalam inventori TLDM khususnya Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS). Naval Strike Missile (NSM) adalah sistem peluru berpandu surface warfare generasi terkini dari KONGSBERG dan telah dioperasikan oleh Tentera Laut Norway. NSM membekalkan prestasi operasi yang lebih baik berbanding sistem misil terdahulu serta mempunyai keupayaan superior operational performance dan high survivability terhadap pelbagai jenis ancaman musuh. NSM menyediakan ciri-ciri operasi utama seperti jarak operasi melebihi 200km, keupayaan sasaran di laut mahupun darat, excellent penetration terhadap sistem pertahanan udara musuh dan ship class identification (ATR). NSM direka untuk sasaran jauh bagi membolehkan range advantages against potential hostile naval combatants. Selain itu, NSM juga dikenalpasti mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap sistem pertahanan udara terkini dan moden.

Gambar 1
Penyampaian ceramah melalui video dan slaid

Gambar 2
Hadirin khusyuk mendengar ceramah

Gambar 3
Percambahan minda melalui sesi soal jawab

Program seperti ini sememangnya memberi pendedahan baik dan diyakini mampu meningkatkan tahap pengetahuan warga keseluruhannya. Ia juga merupakan platform percambahan minda yang berperanan dalam menambah baik sekaligus melahirkan warga TLDM yang kompeten.

Rujukan: 120717/03
Sumber: Perhubungan Awam PUSTAKMAR
Artikel: Lt kdr Mohd Shafrin bin Mohd Shafie TLDM
Jurufoto: LK PBK Dominex Engging ak Nyalu

Last modified on Wednesday, 12 July 2017 07:55

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 351

Semalam 385

Bulan ini 7888

Keseluruhan 310408

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM