Jul 14

BENGKEL PEPERANGAN SIRI 1/17

Lumut, 14 Jul - Bengkel Peperangan Siri 1/17 telah diadakan mulai 10 hingga 14 Jul 17 di PUSTAKMAR dan melibatkan 17 pegawai dari pelbagai cawangan dan kepakaran sebagai peserta bengkel. Bengkel kali ini membincangkan tajuk Capability of RMN Weaponry and Sensors in Addressing Future Challenges. Istimewa pada bengkel kali ini adalah kerana peserta mendapat bimbingan yang rapat daripada Kdr Ivan Mario Andrew TLDM selaku mentor. Turut dimuatkan ke dalam aktiviti sepanjang bengkel adalah Ceramah Malaysian Naval Power in Addressing Security Challenges in Maritime Domain dan Naval Strike Missile: Potential and Capability oleh penceramah jemputan. Ceramah yang disampaikan sangat membantu peserta bengkel dalam melaksanakan kajian dan membuka perspektif mereka tentang topik yang dikaji.

1
Perbincangan bersama mentor

2
Ceramah Jemputan oleh Kept Baharudin bin Wan Md Nor TLDM

Bengkel seperti ini menjadi platform bagi pegawai TLDM untuk menyumbangkan idea dan pengetahuan dalam merealisasikan impian TLDM untuk menjadi satu pasukan yang ‘Credible and Versatile’. Hasil kajian dan pembentangan juga turut merangkumi unsur-unsur yang holistik seiring dengan keupayaan dan pembangunan dimensi peperangan di masa hadapan.

3
Ceramah oleh Mr. Stale Mortensson daripada Kongsberg

4
Forum bersama Panglima Armada Barat semasa Majlis Penutup

5
Pegawai Kanan yang hadir semasa Majlis Penutup

Majlis Penutup Bengkel Peperangan Siri 1/17 telah diadakan di Auditorium Zain PUSTAKMAR pada 14 Jul jam 0945. Disempurnakan oleh Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli dan dihadiri kira-kira 60 pegawai dan anggota. Turut hadir pegawai-pegawai memerintah dan pegawai-pegawai kanan dari unit sekitar Pangkalan TLDM Lumut.

Rujukan: 140717/01
Sumber: Perhubungan Awam PUSTAKMAR
Artikel: Perhubungan Awam PUSTAKMAR
Jurufoto: LK PBK Dominex Engging ak Nyalu

Last modified on Friday, 14 July 2017 08:11

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 351

Semalam 385

Bulan ini 7888

Keseluruhan 310408

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM