Jul 14

TAKLIMAT TN50D BUAT WARGA PANGKALAN LUMUT

LUMUT – 13 Jul. Bertempat di Dewan Bestari, KDP telah berlangsung taklimat TN50D sebagai inisiatif mendapatkan aspirasi warga dalam mendokong Program Transformasi Nasional 2050 negara. Program yang dilaksanakan melibatkan sesi pagi dan petang, melibatkan 175 pegawai serta 250 anggota Lain-Lain Pangkat. Taklimat yang disampaikan oleh Kdr Ahmad Rashidi bin Othman TLDM di bawah seliaan Bahagian Prestasi, Markas Pemerintahan Armada Barat. Program yang diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada warga berkenaan 5 Nilai Teras TN50D yang telah digariskan oleh Kementerian Pertahanan.

1
Sepanjang sesi taklimat berlangsung
2
Taklimat disampaikan oleh Kdr Ahmad Rashidi bin Othman TLDM
3
Sesi pagi melibatkan kehadiran para pegawai
4
Sesi pagi melibatkan kehadiran anggota lain-lain Pangkat

Secara tidak langsung penerangan berkaitan aspirasi yang merupakan matlamat utama dicungkil dalam kalangan warga menjadi pokok utama program diadakan. Jelas terlihat keterujaan warga dalam menyenaraikan setiap aspirasi TN50D dalam menentukan hala tuju berupaya dicapai. Adalah diharapkan program seumpama ini berupaya memberi pendedahan dan diteruskan buat warga Navy People seiring usaha memastikan TN50D mencapai hala tuju yang ditetapkan.


Rujukan: 140717/03
Sumber: Markas Pemerintahan Armada Barat
Artikel: Markas Pemerintahan Armada Barat
Jurufoto: Markas Pemerintahan Armada Barat

Last modified on Friday, 14 July 2017 09:48

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 391

Semalam 324

Bulan ini 9126

Keseluruhan 326178

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM