Aug 04

LAWATAN KERJA KE ATAS PROTELA LUMUT OLEH KETUA POLIS DAERAH MANJUNG

Lumut – 3 Ogos (Khamis). Ketua Polis Daerah (KPD) Manjung, ACP Muhammad Hanif bin Othman telah hadir ke PROTELA Lumut untuk lawatan kerja sempena mengambil alih tugas sebagai KPD Manjung pada 21 Jul 17 yang lalu. Perjumpaan bersama Asisten Marsyal Provos (AMP) PROTELA Lumut, Kdr Mohd Kamaruddin bin K. Asnar TLDM dimulakan dengan sesi pengenalan kepada pegawai-pegawai dan Ketua Jabatan PROTELA Lumut.

IMG 20170803 WA0085

IMG 20170803 WA0086

Dalam pertemuan, AMP meluangkan masa bersama ACP Muhammad Hanif dengan saling bertukar pendapat mengenai isu-isu keselamatan dan jenayah semasa. Objektif utama pertemuan ini adalah untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua - dua agensi penguatkuasa undang-undang selaras dengan matlamat penubuhan program National Blue Ocean Strategy (NBOS).

IMG 20170803 WA0087

IMG 20170803 WA0088

IMG 20170803 WA0089

KPD Manjung dan AMP masing - masing berhasrat agar hubungan dua hala di antara PDRM dan PROTELA Lumut akan terus akrab serta perkongsian maklumat akan tetap dilaksanakan seperti sedia kala.

Rujukan:040817/02
Sumber :Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA LUMUT
Artikel :Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA LUMUT
Jurufoto :Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA LUMUT

Last modified on Friday, 04 August 2017 12:53

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM