Sep 25

KEJOHANAN MENEMBAK SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN ATM 2017

SUBANG, 25 Sep 17 - Pada tahun ini, Kejohanan Menembak Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2017 anjuran Persatuan Menembak ATM telah berlangsung pada 20 hingga 24 Sep 17 di Lapang Sasar Subang. Komitmen dan semangat kesukanan tinggi yang dipamerkan sepanjang pertandingan oleh atlet-atlet Persatuan Menembak TLDM membuahkan hasil dengan keputusan rasmi kejohanan bagi kategori Lelaki dan Wanita dimana Pasukan TLDM menjadi Johan keseluruhan, Naib Johan TUDM dan tempat ketiga TDM bagi kedua-dua kategori. Dengan kemenangan ini, Pasukan Menembak TLDM berjaya mengekalkan kejuaraan ke-19 tahun berturut-turut bagi kategori Lelaki dan ke-7 tahun berturut-turut bagi kategori Wanita. Pada tahun ini, pihak penganjur mempertandingkan satu kategori khas Novelty yang disertai oleh YBhg Laksamana Madya Datuk Anuwi bin Hassan, YBhg Laksamana Pertama Dato' Bakhtiar bin Hj Idris, Kept Roslee bin Mohamad Isa TLDM dan Kept Sazalee bin Shoib TLDM. Keputusan kategori khas Novelty ialah Johan Mk TLDM, Naib Johan Mk ATM, tempat ketiga Mk TUDM dan tempat keempat Mk TD.

IMG 20170924 WA0207
YBhg Timbalan Panglima Tentera Laut bersama Pasukan Menembak TLDM

IMG 20170924 214156
Aksi YBhg Timbalan Panglima Tentera Laut semasa acara Novelty

IMG 20170924 173656 HDR
Gambar kenangan bersama Pasukan Menembak 3 Perkhidmatan ATM

CKS23391
Aksi atlet-atlet 3 Perkhidmatan ATM

IMG 20170924 214213
Gambar kenangan peserta Novelty

Majlis Penutup Kejohanan Menembak Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2017 telah disempurnakan oleh YBhg Timbalan Panglima Tentera Laut selaku Pengerusi LEKAS TLDM juga diberi mandat mewakili Panglima Angkatan Tentera bagi menyempurnakan acara dengan penuh kemeriahan.

Syabas diucapkan kepada Persatuan Menembak TLDM.

Rujukan: 250917/01
Sumber: LEKAS TLDM
Artikel: LEKAS TLDM
Jurufoto: LEKAS TLDM

Last modified on Isnin, 25 September 2017 01:09

HARI INOVASI TLDM

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 571

Semalam 587

Bulan ini 8473

Keseluruhan 419919

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM