Sep 25

EKSESAIS HORNBILL 26/17

Lumut, 21 Sep – Eksesais bilateral antara TLDM dan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang dikenali sebagai Eksesais HORNBILL 26/17 telah berakhir dengan jayanya. Eksesais yang berlangsung selama 4 hari bermula 18 hingga 21 September ini diketuai oleh Kept Mohd Norizal bin Fahrudin TLDM, sebagai Commander Task Group dan dibantu Kdr Hj Ariwwin bin Hj Mohd Ali TLDB sebagai Deputy Commander Task Group. Latihan gabungan ini telah dilaksanakan sepenuhnya secara Command Post Exercise di PUSTAKMAR dengan menggunakan kaedah Table Top dan Olah Perang. Peserta eksesais dapat melaksanakan perancangan operasi maritim melalui simulasi olah perang sistem Action Speed Tactical Trainer.

1
Timbalan CTG menandatangani buku pelawat
2

Timbalan Panglima Armada Barat merasmikan eksesais
3

Fasa perancangan operasi maritim
4

Fasa olah perang
5

Pertukaran Cenderahati
6

Penutupan eksesais oleh Panglima Armada TLDB

Platform seumpama ini berkesan dalam meningkatkan hubungan dua hala antara TLDM dan TLDB di samping memantapkan interoperability serta penguasaan dalam bidang taktik peperangan maritim. Mengambil kesempatan sempena hadir menyaksikan eksesais, Panglima Armada TLDB, Kdr Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji TLDB telah membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Armada Barat TLDM serta melawat kemudahan di sekitar Pangkalan TLDM Lumut sebelum menyempurnakan Majlis Penutup Eksesais HORNBILL 26/17 di Auditorium Zain. Secara keseluruhannya, eksesais ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan.

 

Rujukan: 250917/03
Sumber: Perhubungan Awam PUSTAKMAR
Artikel: Mej Roslan bin Zek Ibrahim Khalil TUDM
Jurufoto: LK PBK Dominex Engging / LK TNL Zaki

Last modified on Monday, 25 September 2017 03:46

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM