Aug 30

MESYUARAT KEBAJIKAN BERSAMA WARGA MARKAS PANGKALAN LUMUT

Lumut, 29 Jun 17 – Bertempat di Dewan Makan D20 mesyuarat kebajikan telah dijalankan bersama Pegawai Laksana KD MALAYA Kdr Nadzri Bin Dahaman TLDM dan warga Markas Pangkalan Lumut. Mesyuarat ini telah membangkitkan beberapa perkara perihal isu semasa warga Markas Pangkalan Lumut. Warga Markas turut menyuarakan pandangan dan pendapat bagi merealisasikan kesiagaan Markas Pangkalan Lumut. Antara pendapat dan pandangan anggota ialah isu anggota yang mengalami masalah kesihatan yang harus di asingkan ke unit berlainan bagi tidak menjejaskan moral anggota yang sihat. Permasalahan kedua yang dibangkitkan ialah berkenaan tugas khas dimana anggota yang ditetapkan untuk tugas khas tidak mengisi kekuatan awasan bertugas. Pemasalahan ketiga yang dibangkitkan adalah penglibatan anggota bersukan dimana ianya menjejaskan kredibiliti pejabat kerana anggota sering kali meninggalkan pejabat atas tujuan pertandingan-pertandingan sukan. Kekangan ini menyebabkan anggota yang tinggal mengalami bebanan tugas berlebihan. Selain itu, mesyuarat turut membangkitkan isu uniform celoreng digital yang masih belum dibekalkan kepada segelintir warga Markas Pangkalan Lumut. Segelintir warga tidak dapat mematuhi rutin pakaian pada hari rabu dan khamis.

Gambar 1

Gambar 2
Mesyuarat Kebajikan bersama Pegawai Laksana KD MALAYA

Gambar 3

Gambar 4
Hadirin yang hadir

Mesyuarat berakhir pada jam 4 petang dengan jamuan ringan yang telah disediakan oleh Dewan Makan D20.

Rujukan: 300817/02
Sumber: Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut
Artikel: LK II PWP Nur Shahira Bt Awilly
Jurufoto: Komunikasi Strategik Armada Barat

Last modified on Wednesday, 30 August 2017 05:20

MEDIA SOSIAL

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI MARITIM 2018

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 234

Semalam 335

Bulan ini 6502

Keseluruhan 321159

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM