Aug 30

KEJOHANAN BOLA SEPAK SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN ATM 2017

SUBANG, 30 Ogos 17 - Kejohanan Bola Sepak Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2017 telah berlangsung pada 22 hingga 29 Ogos 17 di Stadium Mini Subang. Pada tahun ini, Tentera Udara Diraja Malaysia diberi kepercayaan untuk menganjurkan kejohanan ini yang dilaksanakan di Pangkalan Udara Subang. Hasil semangat juang yang tidak mengenal kalah dan komitmen Pasukan Bola Sepak TLDM yang cemerlang, Pasukan Bola Sepak TLDM telah berjaya merangkul Johan keseluruhan kejohanan diikuti tempat kedua Tentera Darat Malaysia dan tempat ketiga Tentera Udara Diraja Malaysia. Pada perlawanan akhir TLDM menentang TDM dengan keputusan rasmi TLDM (2) lwn TDM (1), turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut adalah Lt Jen Dato' Abdul Halim bin Hj Jalal selaku Pengerusi JKK MSAT serta Laksamana Madya Dato' Anuwi bin Hassan Pengerusi LEKAS TLDM dan Lt Jen Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi Pengerusi LSTDM.

IMG 20170829 WA0348

IMG 20170829 WA0343
Aksi perlawanan akhir TLDM menentang TDM

IMG 20170829 WA0358

IMG 20170829 WA0231

IMG 20170829 WA0356
TLDM meraikan kejayaan bersama Pengerusi LEKAS

IMG 20170829 WA0391
Penyampaian hadiah

Dengan kejuaraan ini, TLDM telah diberi mandat untuk mewakili ATM dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja di Pulau Pinang pada 18 hingga 24 Sep 17.

Rujukan: 300817/03
Sumber: LEKAS TLDM
Artikel: LEKAS TLDM
Jurufoto: LK TNL Mohammad Idris bin Suradi

Last modified on Friday, 01 September 2017 07:46

MEDIA SOSIAL

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI MARITIM 2018

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 228

Semalam 335

Bulan ini 6496

Keseluruhan 321153

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM