Sep 25

PROGRAM PELAKSANAAN INISIATIF IKRAR BEBAS RASUAH OLEH WARGA MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA BARAT

Lumut, 4 Ogos - Bagi menyokong inspirasi Pemerintahan Tertinggi TLDM, warga Markas Pemerintahan Armada Barat telah menjayakan program pelaksanaan inisiatif Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam TLDM bertempat di Serambi Markas. Semua warga markas termasuk staf awam terlibat dengan bacaan ikrar IBR yang dipimpin oleh Kept Muhammad Ruzelme bin Ahmad Fahimy TLDM selaku Asisten Ketua Staf Terkanan di MPA Barat. Bacaan Ikrar IBR telah disaksikan oleh Laksamana Abu Bakar bin Mohd Ajis, Timbalan Panglima Armada Barat.

1
Bacaan Ikrar IBR di Saksikan oleh Timbalan Panglima Armada Barat
2

Bacaan Ikrar IBR dipimpin oleh Kept Muhammad Ruzelme bin Ahmad Fahimy TLDM
3

Staf awam MPAB  terlibat dengan bacaan ikrar IBR
4


5
Barisan Pegawai Waren yang terlibat dengan bacaan ikrar IBR

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menzahirkan kepada warga MPA Barat supaya dapat menunjukkan komitmen dan berjanji di dalam diri setiap warga bahawa rasuah adalah suatu perlakuan yang mesti dijauhi dan dielakkan. Sesuai dengan objektif IBR yang dinyatakan di dalam Pekeliling TLDM No. 11/17 bertarikh 6 Jul 17. Semoga dengan adanya usaha sebegini mampu untuk membendung gejala rasuah di semua peringkat warga TLDM.

Rujukan: 040817/03
Sumber: Markas Pemerintahan Armada Barat
Artikel: Bahagian Prestasi MPA Barat
Jurufoto: Markas Pemerintahan Armada Barat

Last modified on Monday, 25 September 2017 05:41

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM