Sep 01

MAJLIS KORBAN & AKIKAH TLDM LEMBAH KLANG

Kuala Lumpur, 1 Sep – Markas Tentera Laut dan KD SRI GOMBAK pada hari ini telah telah bersama menganjurkan Majlis Korban dan Akikah sempena Hari Raya Aidiladha bertempat di KD SRI GOMBAK.  Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin telah menyerahkan pisau sembelihan kepada Pegawai Agama KD SRI GOMBAK, Kapt Ustaz Mohd Fuad bin Ahmad Fadzil sebagai simbolik perasmian majlis korban dan akikah sambil diiringi oleh Laksamana Pertama Kamarulzaman bin Jusoh, Asisten Ketua Staf Pentadbiran, Markas Tentera Laut.  Sebanyak enam ekor lembu telah disembelih iaitu dua ekor  daripada individu dan empat ekor adalah daripada sumbangan Ahli Parlimen Setiawangsa, Ahli Parlimen Titiwangsa serta Yayasan Amal Wangsa.    Daging serta tulang yang telah siap dilapah dan dipotong telah diagihkan oleh Pegawai Memerintah KD SRI GOMBAK, Komander Mohamad Zulkefli bin Mohamood kepada  warga TLDM kawasan Lembah Klang.  


Sambut Ketibaan

    Warga Markas Tentera Laut dan KD SRI GOMBAK menyambut ketibaan Panglima Tentera Laut

Serah Pisau

 

Panglima Tentera Laut menyerahkan piasu sembelihan kepada Pegawai Agama KD SRI GOMBAK
sebagai simbolik perasmian Majlis Korban dan Akikah Markas Tentera Laut 2017  

Saksikan Sembelih

Antara Pegawai Kanan TLDM dan Navy People Lembah Klang yang hadir
memeriahkan Majlis Korban dan Akikah Markas Tentera Laut 2017

Melapah Daging

Dengan bekerjasama melaksanakan ibadah ini dapat
meningkatkan ikatan ukhwah sesama anggota 

CO Lapah
Pegawai Memerintah KD SRI GOMBAK (Dua dari Kiri) turut
membantu melaksanakan kerja melapah

XO angkat Daging

Daging dan tulang yang telah dipotong dikumpulkan untuk ditimbang
sebelum diberikan kepada warga Navy People Lembah Klang

Serah daging 1

Pegawai Memerintah KD SRI GOMBAK (Kiri) menyampaikan
daging korban kepada Navy People

Serah daging 


Rujukan: 010917/01
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik
Artikel: PW II PNK Md Nasir Mohamed
Jurugambar: LK TNL Muhammad Idris Suradi

Last modified on Saturday, 02 September 2017 02:39

MEDIA SOSIAL

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI MARITIM 2018

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 230

Semalam 335

Bulan ini 6498

Keseluruhan 321155

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM