Sep 04

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA PANGKALAN TLDM LUMUT

01 Sep 17 – Bertempat di Masjid sementara di Blok A38 Pangkalan TLDM Lumut  telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Peringkat Pangkalan TLDM Lumut 10 Zulhijjah1438H/ 2017M. Majlis ini telah dikoordinasikan oleh Jawatankuasa Masjid An-Nur. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah YBhg Komander Pangkalan Lumut Laksamana Dato’ Pahlawan Khairuddin bin Mohd Ariff, YBhg Laksamana Pertama Anuar bin Hj Alias merangkap pengerusi Masjid An-Nur  Pangkalan TLDM Lumut dan Pegawai Memerintah KD MALAYA Kept Roslee bin Mat Isa TLDM. Objektif penganjuran majlis ini adalah bertujuan untuk menerapkan nilai pengorbanan di samping menghayati peristiwa Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S serta memupuk semangat kerjasama yang erat dan mengeratkan hubungan Silatulrahim sesama warga. Majlis dimulakan pada jam 0810 pagi dengan acara Takbir diikuti Solat Sunat Hari Raya serta Khutbah Raya yang disampaikan oleh Mej Zainal Azira bin Ahmad Zabidi. 

1

2

3
Sembahyang Sunat Hari Raya dan Khutbah Raya
4
YBhg Komander Pangkalan Lumut memulakan acara penyerahan pisau sembelihan sebagai simbolik kepada ketua Penyembelihan
5

6
YBhg  Komander Pangkalan Lumut  turut menyaksikan penyembelihan lembu
7

8

9

10

11

12
Warga dan keluarga yang bergotong-royong
13
Komander Pangkalan Lumut  mengagihkan daging kepada warga dan keluarga bagi  menyempurnakan acara

Jamuan hari raya turut disajikan kepada Jemaah yang hadir menunaikan solat raya. Majlis diteruskan pada jam 0930 pagi dengan acara penyembelihan Korban dan Aqiqah sebanyak 11 ekor lembu dan 5 ekor kambing. 5 ekor lembu  adalah penyertaan dari warga dan Masjid An-Nur  sendiri manakala 4 ekor lembu dan 5 ekor kambing adalah sumbangan daripada YAB Menteri Besar Perak Empayar Indera pula 2 ekor lembu. YBhg Komander Pangkalan Lumut  memulakan acara  penyerahan pisau  sembelihan pisau sebagai simbolik kepada Ketua Penyembelih  Mej Zainal Azira bin Ahmad Zabidi. Suasana ketika ini begitu meriah dengan kehadiran warga dan keluarga yang bergotong-royong menyempurnakan acara bermula dari menyembelih, melapah, memotong daging dan  telah diagihkan kepada orang ramai. Majlis seumpama ini menunjukkan keprihatinan dan komitmen TLDM di dalam menekankan aspek Aktiviti Kerohanian dikalangan warganya. Aktiviti seumpama ini adalah aktiviti tahunan pangkalan dan ianya merupakan faktor–faktor penting bagi mengimbangi amalan dunia dan akhirat.

 

Rujukan: 040917/01
Sumber: Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut
Artikel: Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut
Jurufoto: Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut

Last modified on Monday, 04 September 2017 00:54

MEDIA SOSIAL

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI MARITIM 2018

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 234

Semalam 335

Bulan ini 6502

Keseluruhan 321159

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM