Sep 25

EKSESAIS WIRA LAUT EAST 2017

Semporna, 29 Jul – Bertempat di Pantai Manis, Semporna, Eks WIRA LAUT EAST 2017 telah diadakan di mana ia bertujuan bagi menguji dan mempertingkatkan kemahiran Tim Penggempur PASKAL KD SRI SEMPORNA. Antara objektif utama eksesais ini adalah menguji keupayaan Tim Gempur PASKAL dalam mengkoordinasi serta melaksanakan misi menyelamatkan tebusan berlatarkan senario yang bersesuaian dengan ancaman pada masa kini. EKS WIRA LAUT EAST pada kali ini telah melibatkan aktiviti mengumpul maklumat serta perisikan dari Sel Risik Gempur, hantaran permukaan ke kawasan sasaran oleh Sel Bot Tempur manakala Tim Gempur PASKAL telah dipertanggung jawabkan untuk melakukan serangan ke atas khemah musuh melalui pendaratan amfibi seterusnya menyelamatkan tebusan.

IMG 0827
Anggota Tim Penggempur,Sel Risik Gempur dan Sel Bot Tempur
menerima Taklimat sebelum misi dijalankan
IMG 0912

Anggota Tim Penggempur sedang menerima maklumat
situasi dari Anggota Sel Risik Gempur
IMG 0843


IMG 0914
Aksi Tim Penggempur PASKAL KD SRI SEMPORNA ketika melakukan
serangan ke atas kedudukan musuh

Dengan disiplin dan komitmen yang tinggir dipamerkan oleh setiap anggota yang terlibat, eksesais ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Adalah menjadi harapan agar EKS WIRA LAUT EAST yang dilaksanakan ini memberi impak positif kepada perancangan dan pelaksanaan operasi PASKAL amnya dan TLDM secara keseluruhan.

Rujukan: 050817/01
Sumber: KD SRI SEMPORNA
Artikal: KD SRI SEMPORNA
Jurufoto: KD SARI SEMPORNA

Last modified on Monday, 25 September 2017 06:34

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM