Sep 25

PANGKOR WAR UJIAN BERTERUSAN TAHAP KESIAGAAN KAPAL, ASET DAN NAVYPEOPLE

Lumut, 3 Ogos 17 - Latihan Perang Pangkor atau lebih dikenali sebagai Pangkor War siri 5/17 telah dilaksanakan dengan jayanya hari ini. Pangkor War kali ini melibatkan kapal KD LEKIU, KD SRI INDERASAKTI, KD LEKIR, KD SELANGOR dan KD MAHAMIRU. Seawal jam 6.00 pagi kapal pertama telah memulakan pelayaran setelah mendapat amaran ancaman musuh di pulau berhampiran.

Antara latihan yang dilaksanakan sepanjang Pangkor War pada kali ini iaitu:

a. Pandu Arah Gelap
b. Pandu Arah Terang
c. Melalui Latihan Bebas Periuk Api
d. ADEX
e. SUTFX
f. Light Jackstay
g. RASAP

1
Latihan Kebakaran

2
Aks Siaga Memberi Penerangan

3

4
Perserta Kursus MPAT Bergambar Kenangan    

Setiap latihan yang dilaksanakan dinilai oleh tim penilai dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api dan Pusat Peperangan Elektronik selain tim Penilai dari Markas Pemerintahan Armada Barat sendiri. Latihan pada kali ini turut membabitkan kehadiran komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), :Laksma Dato’ Sabri bin Zali, Kept (K) Prof Dato’ Dr Zakaria bin Hj Ahmad bersama 54 peserta kursus yang terdiri dari 3 cabang perkhidmatanb ATM dan peserta dari luar negara. Turut berkongsi pengalaman Pangkor War ini adalah 47 penuntut perubatan dari UPNM dan 23 staf dari STRIDE.

5
Latihan Light Jackstay

6

7
Latihan ADEX

Secara keselurahan, Pangkor War kali ini memberikah tumpuan kepada aspek Peperangan dan Ilmu Kelautan. Penilaian secara keseluruhan peralatan seperti sensor, persenjataan serta keupayaan CIC turut diberi perhatian dan penilaian. Pangkor War turut memberi peluang kepasa peserta kursus MPAT, pelajar dari UPNM dan staf STRIDE melihat sendiri dengan lebih dekat tugas dan peranan yang dimainkan oleh TLDM dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan Negara.

Rujukan: 040817/05
Sumber: Markas Pemerintahan Armada Barat
Artikel: Bahagian Pemeriksaan dan Penilaian 
Jurufoto: Markas Pemerintahan Armada Barat

Last modified on Monday, 25 September 2017 06:39

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM