Sep 06

KEJOHANAN SUKAN SEPAK TAKRAW ANTARA BAHAGIAN/CAWANGAN MK TL 2017

KD SRI GOMBAK, 6 Sep 17 - KD SRI GOMBAK (KDSG) telah menganjurkan Kejohanan Sukan Sepak Takraw Antara Bahagian/Cawangan Markas Tentera Laut (Mk TL) di Gelanggang Futsal KDSG. Kesemua Bahagian/Cawangan di Mk TL dan KDSG telah dipecahkan kepada empat pasukan iaitu Pasukan Laksamana (Pejabat PTL, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Komunikasi dan Sistem Informasi serta KDSG), Pasukan Satria (Pejabat TPTL, Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Perisikan serta Bahagian Inspektorat Jeneral), Pasukan Bendahara (Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Material serta Bahagian Pasukan Simpanan) dan Pasukan Pendekar (Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Bahagian Operasi dan Eksesais serta Bahagian Perhubungan Strategik). Sukan Sepak Takraw ini merupakan sukan kedua yang dianjurkan oleh KDSG selepas futsal yang telah berlangsung pada 16 Ogos 17 yang lalu.  Sukan ini merupakan salah satu dari tujuh sukan yang dipertandingkan bagi merebut Piala Pusingan Sukan Antara Bahagian/Cawangan Mk TL.

20170906 171532
Sekitar Perlawanan Berlangsung
20170906 171738
Sesi Penyampaian Hadiah Oleh Pegawai Memerintah KDSG

Pembukaan sukan ini menyaksikan perlawanan pertama berlangsung pada jam 1430 diantara Pasukan Laksamana menentang Pasukan Satria. Sejurus selepas itu, perlawanan kedua diantara Pasukan Pendekar menentang Pasukan Bendahara.  Kejohanan ini telah dimenangi oleh Pasukan Bendahara manakala Naib Johan adalah Pasukan Satria. Sepanjang perlawanan berlangsung, suasana riuh rendah seumpama perlawanan Sukan Sea dapat dirasai disamping gelak ketawa warga The Navy People berinteraksi sesama mereka.  Inilah tujuan kejohanan ini diadakan bagi merapatkan ukhwah dan silaturahim selain mengekalkan Dasar 3K iaitu Kesegakan, Kecergasan dan Kesihatan. Pada jam 1700 dapat disaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah KDSG.  Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Acara perlawanan seterusnya adalah Boling Kelapa yang dirancang diadakan pada 20 Sep 17.  Adalah menjadi harapan agar perlawanan yang akan datang dapat diadakan dengan meriah dan jayanya.


Rujukan: 070917/01

Sumber: KD SRI GOMBAK
Artikel: Lt Dya Abdul Basit bin Kamarudin TLDM
Jurufoto: KD SRI GOMBAK

Last modified on Thursday, 07 September 2017 00:01

MEDIA SOSIAL

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI MARITIM 2018

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 234

Semalam 335

Bulan ini 6502

Keseluruhan 321159

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM