Sep 11

PELAYARAN EKSEKUTIF MARKAS PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (MPPL) TLDM

Lumut, 8 Sep 17. Kapal Latihan GAGAH SAMUDERA (KLGS) secara rasminya telah beroperasi. Ianya berperanan sebagai Platform Latihan di laut bagi warga TLDM agar mencapai hasrat pucuk pimpinan tertinggi TLDM untuk melahirkan warga TLDM yang kompeten dari segala aspek. Sehubungan dengan itu, Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL) telah melaksanakan pelayaran bersama KLGS pada 6 hingga 8 Sep 17 melibatkan Panglima Pendidikan dan Latihan (PPL), Timbalan Panglima Pendidikan dan Latihan (TPPL), Pegawai serta Jurulatih yang terpilih. Objektif utama pelayaran ini adalah bagi menguji kesiagaan kapal dan seterusnya melihat serta menguji infrastruktur dalam kapal untuk disesuaikan dengan modul-modul TLDM.

1
Ketibaan YBhg Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM,
Laksda Dato’ Rusli bin Ramli di Kapal Latihan GAGAH SAMUDERA

2
Kapal Bertolak dari Tambatan Pangkalan Lumut

3
Taklimat Keselamatan oleh Pegawai Kapal

4
Taklimat Aktiviti Pelayaran oleh Pegawai Koordinasi

5
Aktiviti Debat TN50D serta 15 to 5

6

Kapal telah bertolak dari Tambatan Pangkalan Lumut (TPL) pada 060730H Sep 17 dan telah merapat di Tambatan Pangkalan Pulau Langkawi pada 061900H Sep 17. Semasa pelayaran ke Langkawi, MPPL telah mengkoordinasikan sesi debat TN50D yang melibatkan pegawai dan jurulatih bertujuan untuk menguji pemahaman pegawai dan jurulatih berkenaan pelaksanaan TN50D. Dalam pelayaran tersebut, MPPL turut melaksanakan Latihan Penembakan yang disempurnakan oleh TPPL, Laksma Zualkafly Hj Ahmad.

7
Lawatan sekitar kapal

8

9
Latihan Penembakan 30mm MSI OERLINKON

10
Bengkel Penulisan TN50D

Pada hari berikutnya, Mesyuarat Lembaga Pengurusan Strategik (LPS) MPPL telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat MAWILLA 3 melibatkan PPL, TPPL, Pengarah, Pegawai Memerintah Unit Bawah Naungan serta pegawai. Bengkel Penulisan TN50D serta 15 to 5 turut dilaksanakan pada hari tersebut melibatkan pegawai dan jurulatih yang tidak terlibat di dalam Mesyuarat LPS. Bengkel ini telah dikelolakan oleh Ketua Fakulti Akademik KD PELANDOK.

11
Sesi percambahan minda berkenaan pelanggaran
Kapal Pemusnah Peluru Berpandu USS John S McCain

12
Mesyuarat Lembaga Pengurusan Strategik MPPL TLDM

13

14
YBhg PPL bergambar bersama warga kapal

Kapal telah meneruskan pelayaran pulang pada 080730 Sep 17. Aktiviti debat 15 to 5 dan percambahan minda berkenaan pelanggaran Kapal pemusnah peluru berpandu USS John S McCain turut dilaksanakan melibatkan pegawai serta jurulatih. Kapal seterusnya selamat tiba di TPL pada 081900 Sep 17. Secara keseluruhanya, Program pelayaran ini telah mencapai objektifnya dan diharap setiap aktiviti yang dilaksanakan sepanjang pelayaran dapat memberikan impak positif dan kelebihan bagi pegawai serta jurulatih yang terlibat untuk dimanfaatkan di dalam aspek pendidikan dan latihan TLDM kelak.

Rujukan: 110917/01
Sumber :Perhubungan Awam MPPL TLDM
Artikel :Perhubungan Awam MPPL TLDM
Jurufoto :Perhubungan Awam MPPL TLDM

Last modified on Monday, 11 September 2017 07:29

MEDIA SOSIAL

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI MARITIM 2018

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 234

Semalam 335

Bulan ini 6502

Keseluruhan 321159

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM