Sep 11

PROGRAM TEAM BUILDING BAGI PEGAWAI BAHAGIAN PEROLEHAN KERAJAAN, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MoF) SIRI 2/17

Lumut, 11 - Pusat Kepimpinan TLDM (PK TLDM) telah melaksanakan Program Pembinaan Pasukan pada 8 hingga 10 Sep 17 melibatkan 38 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai gred N41 sehingga JUSA C dari Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Malaysia.

PIC 1
Sesi ’Water Confident’ sebelum memulakan aktiviti mendayung

PIC 2

PIC 3
Permainan Paip Kebocoran dan Acid Pool di antara
Permainan Kreatif yang dilaksanakan bagi menguji tahap kepimpinan,
kreativiti, kerjasama dan komunikasi berpasukan

PIC 4

PIC 5
Majlis BBQ bersama peserta kursus

Dalam program ini unit telah menggariskan empat objektif utama iaitu memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan peserta program, membina sikap tanggungjawab di samping membentuk disiplin diri yang teguh dalam kalangan peserta program, memberi pendedahan berkaitan pentingnya nilai integriti dipraktikkan dalam setiap aspek urusan kehidupan harian meliputi urusan peribadi dan organisasi, perkongsian nilai budaya dan amalan yang diimplimentasi dalam TLDM bagi mengukuhkan jalinan perhubungan di antara TLDM dengan Kementerian Kewangan.

PIC 6
Peserta-peserta mengambil pengalaman mendayung dari  
Pusat Latihan Kemahiran Air
 (PLKA) ke KD DUYONG

PIC 7

PIC 8
Peserta berpeluang membuat lawatan kapal KD LEKIR dan KD KASTURI

PIC 9

PIC 10

PIC 11


Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh PK TLDM. Program dibahagikan kepada beberapa aktiviti utama iaitu Pembinaan Pasukan dan Motivasi diri, Team Building Indoor,Team Building Outdoor dan Kerohanian. Modul yang diterapkan dalam program ini adalah 4K 1I iaitu Kepimpinan, Komunikasi, Kreatif dan Inovasi, Kerjasama dan Integriti. Bagi menguji keberkesanan 4K 1I peserta telah diuji dengan perlaksanaan aktiviti mendayung dari Pusat Latihan Kemahiran Air (PLKA) hingga ke KD DUYONG, permainan Paip Kebocoran dan Acid Pool.

PIC 12
Peserta didedahkan dengan kemahiran
Ikhtiar hidup oleh anggota PASKAL

PIC 13

PIC 14

PIC 15
Majlis penyampaian sijil kepada peserta

PIC 16
Gambar kenangan bersama  peserta kursus,
pegawai dan jurulatih Pusat Kepimpinan TLDM

Program ini telah mendapat maklumbalas yang amat positif dari peserta, dimana mereka menyatakan bahawa program yang dilaksanakan oleh PK TLDM setaraf dengan konsultan luar yang pernah mereka hadiri dan berhasrat untuk melaksanakan lagi di masa hadapan.

Rujukan:110917/02
Sumber: PK TLDM

Artikel : BK PBK (I) Mat Nizam bin Mohd Sidek
Jurugambar: PW I PBK(I) Noor Azrul bin Mohamed Noor

Last modified on Monday, 11 September 2017 07:47

MEDIA SOSIAL

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI MARITIM 2018

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 234

Semalam 335

Bulan ini 6502

Keseluruhan 321159

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM