Sep 25

LAWATAN PSS TLDM WILAYAH TIMUR BERSAMA ADUN KARAMUNTING KE PUSAT LATIHAN KAPAL SELAM (PLKS)

Kota Kinabalu – 22 Sep (Jumaat). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting YB Lt Kdr (K) Charles O Pang PSSTLDM bersama 104 Pegawai dan anggota PSSTLDM Wilayah Timur telah mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Kapal Selam (PLKS) sempena Kem Tahunan PSSTLDM dari seluruh Sabah dan Sarawak.

1
Gambar Bersama Delegasi PSS TLDM Wilayah Timur

2
Sesi Perbincangan YB Adun Karamunting Bersama Pegawai Memerintah

3
Taklimat Keselamatan oleh Kdr Kamarul Baharin bin Yeop Hashim TLDM

Lawatan ini telah disambut oleh Pegawai Memerintah PLKS, Kept Mohd Razib bin Tahir TLDM dan beberapa Pegawai serta staf PLKS. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga PSSTLDM Wilayah Timur berkenaan fungsi PLKS dalam melahirkan warga submariner yang berkualiti.

4
SIMTAC

5
SIMTAC

Lawatan dimulakan dengan taklimat keselamatan dan pengenalan berkenaan PLKS secara umum oleh Ketua Pegawai Jurulatih Kejuruteraan (Lanjutan) iaitu Kdr Kamarul Baharin bin Yeop Hashim TLDM kepada semua yang terlibat. ADUN Karamunting dan peserta lawatan telah dibawa melawat ke beberapa penyelaku utama iaitu Simulator Diving (SIMDIV), Simulator Tactical (SIMTAC) dan Simulator Sound Analysis Integration Training System (SAINTS).

6
SIMDIV

7
SAINTS

Secara keseluruhannya, ADUN Karamunting dan peserta lawatan merasa amat kagum dengan kemudahan latihan dan cara pelaksanaan latihan yang diberikan kepada warga submariner. Mereka juga berpendapat bahawa lawatan ini telah memberi manfaat yang besar dan membuka mata mereka berkenaan kepentingan pengoperasian kapal selam.

Rujukan: 250917/03
Sumber : Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS TLDM
Artikel : Lt Muda Norfazila Binti Enzil PSS TLDM
Jurufoto : LK TNL Johnny Ak Jok

Last modified on Monday, 25 September 2017 10:52

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM