Sep 13

PENYERAHAN CEK SUMBANGAN KEPADA WARIS ALLAHYARHAM PKG MOHD FITRI BIN MOHD HASHIM

Kuala Lumpur, 12 Sep 17. Penyerahan Cek Pampasan Insuran Kelompok kepada waris Allahyarham PKG Mohd Fitri bin Mohd Hashim telah dilaksanakan di Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, YBhg Laksda Dato’ Rusli bin Ramli diiringi Pegawai Memerintah KD SULTAN IDRIS I, Kept. Ee (Yee) Tai Peng TLDM. Allahyarham telah meninggal dunia pada 17 Apr 17 yang lalu setelah terlibat dalam kemalangan semasa menjalani latihan. Sesungguhnya kehilangan arwah telah memberi impak yang besar kepada ahli keluarganya.

1
YBhg Panglima Pendidikan dan Latihan (PPL) TLDM, Laksda Dato’ Rusli bin Ramli
memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada keluarga Allahyarham

2
Pengesahan penerimaan cek pampasan oleh penerima amanah
3

Penyerahan cek kepada penerima amanah
4

5
YBhg PPL TLDM bergambar bersama keluarga arwah

YBhg PPL mewakili seluruh warga MPPL TLDM memberi ucapan takziah dan kata-kata semangat serta berharap agar penyerahan cek ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban serta kesedihan keluarga atas pemergian Allahyarham. Semoga usaha seumpama ini dapat menzahirkan keprihatinan pucuk pimpinan TLDM terhadap kebajikan warganya sentiasa diutamakan.

 

Rujukan:130917/01
Sumber:Perhubungan Awam MPPL TLDM
Artikel:Perhubungan Awam MPPL TLDM
Jurufoto:Perhubungan Awam MPPL TLDM

Last modified on Wednesday, 13 September 2017 01:02

MEDIA SOSIAL

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI MARITIM 2018

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 234

Semalam 335

Bulan ini 6502

Keseluruhan 321159

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM