Oct 03

AUDIT KESIAGAAN KD LAKSAMANA HANG NADIM 26 – 29 SEP 17

29 Sep 17 - Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM telah melaksanakan Audit Kesiagaan KD LAKSAMANA HANG NADIM 26 hingga 29 Sep 17.  Tujuan Audit Kesiagaan dilaksanakan bagi menentukan unit sentiasa siap sedia dalam semua aspek demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab. Audit Kesiagaan yang meliputi Fasa Pelabuhan bagi memeriksa dan meneliti secara fizikal peralatan dan dokumen serta Fasa Laut bagi menilai tahap kompetensi warga dan kesiagaan peralatan.  Majlis Pembukaan Audit telah disempurnakan oleh Panglima Kesiagaan, Kept Muhammad Ruzelme bin Ahmad Fahimy TLDM pada 26 Sep yang lalu turut menekankan terhadap aspek kesiagaan dan keselamatan hendaklah sentiasa di tahap tertinggi.

1
Majlis Pembukaan Audit Kesiagaan KD LAKSAMANA HANG NADIM
2
Pemeriksaan Perbarisan oleh Panglima Kesiagaan, Kept Muhammad Ruzelme bin Ahmad Fahimy TLDM
3
Tim Menggeledah KD LAKSAMANA HANG NADIM
4
Evolusi Pemindahan Tali Balingan
5
Pembentangan keputusan
6
Majlis Penutup

Fasa Laut telah berlangsung pada 28 Sep, di mana KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL sebagai kapal pengiring. Pelbagai evolusi telah dilaksanakan bagi menilai kesiagaan dan kecekapan warga serta kesediaan peralatan. Majlis Penutup telah diadakan di Bilik Mesyuarat Siaga telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Piawaian Peperangan Maritim, Kdr Ahmad Rashidi bin Othman TLDM pada 29 Sep.  Dalam majlis tersebut, pembentangan dan rumusan pemerhatian telah dilakukan meliputi sepanjang audit berlangsung. Secara keseluruhannya KD LAKSAMANA HANG NADIM telah berjaya memperolehi keputusan baik dengan peratusan 83.7%, penarafan 4 bintang.   Diharap dengan pencapaian ini, unit dapat menghasilkan peluang penambahbaikan ke arah organisasi yang lebih mampan, komited dan versatil demi mencapai hasrat menjadikan TLDM sebuah Angkatan Tentera Laut yang bertaraf dunia.


Rujukan: 031017/01

Sumber: Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM
Artikel: Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM
Jurufoto: Markas Pemerintahan Armada Barat

Last modified on Tuesday, 03 October 2017 01:02

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 391

Semalam 324

Bulan ini 9126

Keseluruhan 326178

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM