Oct 04

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT, PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SERTA SAMBUTAN HARI LAHIR WARGA MARKAS PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TLDM

Kuala Lumpur, 3 Okt 17. Seramai tiga anggota telah dinaikkan pangkat di dalam Majlis Pemakaian Pangkat, Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Sambutan Hari Lahir bagi warga Markas Pendidikan dan Latihan (MPPL) TLDM. YBhg Panglima Pendidikan dan Latihan (PPL) TLDM, Laksda Dato’ Rusli bin Ramli telah menyempurnakan majlis yang telah dilaksanakan di Serambi Markas.

1
Ketibaan YBhg Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksda Dato’ Rusli
bin Ramli disambut oleh YBhg Timbalan Panglima Pendidikan dan
Latihan TLDM, Laksma Zualkafly Hj Ahmad
2

PW II PAP Zainudin dinaikkan ke pangkat P/PW I mulai 1 Okt 17
3

BM PNK Nurazli bin Abdul Hamid dinaikkan ke pangkat P/BK mulai 1 Okt 17
4
LK PNK Mohd Yunus bin Mohd Sabri dinaikkan ke Pangkat P/BM mulai 1 Okt 17
5

Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 kepada LK TNL
Mohd Ismail bin Awang serta LK TNL Mohd Firdaus Sani bin Mohd Johairi
6

7
Ucapan oleh YBhg Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM
8

Warga MPPL yang menyambut kelahiran, bersama-sama memotong kek
9

Warga MPPL menikmati juadah yang disediakan
10

11
YBhg Timbalan Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM serta Pegawai Waran
Markas bergambar 
bersama warga yang dinaikkan pangkat
serta warga yang menerima APC

YBhg PPL TLDM mengucapkan syabas di atas kenaikan pangkat serta penganugerahan yang telah diterima. Perkara ini membuktikan bahawa TLDM sentiasa menghargai mutu kerja yang dilaksanakan oleh setiap warganya. Selain itu, Ybhg PPL dalam ucapannya turut menyatakan hasrat agar setiap warga memberikan yang terbaik di dalam setiap pelaksanaan tugas dan bekerja dalam satu pasukan demi menyumbang ke arah kejayaan perkhidmatan seterusnya merealisasikan matlamat TLDM untuk menjadi angkatan laut yang kredibel dan verstile.

Rujukan:041017/01
Sumber: Perhubungan Awam MPPL TLDM
Artikel: Perhubungan Awam MPPL TLDM
Jurufoto: Perhubungan Awam MPPL TLDM

Last modified on Wednesday, 04 October 2017 01:36

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 390

Semalam 324

Bulan ini 9125

Keseluruhan 326177

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM