Oct 05

KEJOHANAN SUKAN BOLA TAMPAR ANTARA BAHAGIAN/CAWANGAN MK TL 2017

KD SRI GOMBAK, 4 Okt 17 - Kejohanan Sukan Antara Bahagian/Cawangan Markas Tentera Laut (Mk TL) bagi tahun 2017 telah bermula pada 16 Ogos 17 yang lalu. Kejohanan ini diteruskan lagi dengan penganjuran Sukan Bola Tampar yang merupakan salah satu dari tujuh sukan yang dipertandingkan bagi merebut Piala Pusingan Sukan Antara Bahagian/Cawangan Mk TL. Sukan ini juga merupakan sukan kelima yang dianjurkan oleh KDSG selepas Sukan Rakyat yang dianjurkan pada 27 Sep 17 yang lalu. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kesemua pasukan terdiri daripada setiap bahagian/cawangan di bawah naungan Mk TL iaitu Pasukan Laksamana, Bendahara, Pendekar dan Satria.

20171004 170503
Sekitar Perlawanan Berlangsung

Pembukaan sukan ini menyaksikan perlawanan pertama berlangsung pada jam 1430 diantara Pasukan Pendekar menentang Pasukan Bendahara. Sejurus selepas itu, perlawanan kedua diantara Pasukan Satria menentang Pasukan Laksamana. Kejohanan ini telah dimenangi oleh Pasukan Pendekar manakala Naib Johan adalah Pasukan Satria. Sepanjang perlawanan berlangsung, semua pemain dari setiap pasukan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan bersungguh-sungguh untuk mencari mata bagi pasukan mereka memperoleh kemenangan. Pada jam 1700 dapat disaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disempurnakan oleh Pegawai Kawalan Berek KDSG. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

20171004 170629
Sesi Penyampaian Hadiah Yang Disempurnakan oleh
Pegawai Kawalan Berek KDSG

Kedudukan terkini setiap pasukan didalam Kejohanan Sukan Antara Bahagian/Cawangan Mk TL bagi tahun 2017 adalah seperti berikut. Pasukan Satria di tempat pertama, manakala ditempat kedua adalah Pasukan Bendahara diikuti Pasukan Pendekar dan terakhir sekali Pasukan Laksamana. Namun, kejohanan ini masih mempunyai dua lagi sukan yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Semua pasukan diharap dapat memberikan persembahan yang terbaik memandangkan mata setiap pasukan amat hampir dengan satu sama lain. Acara perlawanan seterusnya adalah Badminton yang dirancang diadakan pada 11 Okt 17. Adalah juga menjadi harapan agar perlawanan yang akan datang dapat diadakan dengan meriah dan jayanya.

Rujukan: 041017/05
Sumber: KD SRI GOMBAK
Artikel: Lt Dya Abdul Basit bin Kamarudin TLDM
Jurufoto: KD SRI GOMBAK

Read 161 times Last modified on Thursday, 05 October 2017 09:14

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 390

Semalam 324

Bulan ini 9125

Keseluruhan 326177

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM