Oct 05

KEJOHANAN SUKAN TIGA PENJURU STESEN KOMUNIKASI TLDM KAWASAN LUMUT

Sitiawan , 2 Okt 17 – Kejohanan Sukan 3 Penjuru antara Stesen Komunikasi TLDM kawasan Lumut telah diadakan pada 2-4 Okt 17 baru-baru ini. Kejohanan yang melibatkan ketiga-tiga SKTLDM iaitu SKTLDM Lumut, SKTLDM Sitiawan dan SKTLDM Parit merupakan acara dwi tahunan di mana penganjuran pada kali ini dikelolakan oleh SKTLDM Sitiawan. Objektif utama kejohanan adalah bagi mencungkil bakat baru dalam sukan yang dipertandingkan untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, penganjuran juga bertujuan bagi memupuk semangat berpasukan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga ketiga-tiga SKTLDM kawasan Lumut. Kejohanan ini telah berlangsung selama tiga hari dengan sebanyak 5 acara sukan telah dipertandingkan. Majlis perasmian dan penutup kejohanan telah disempurnakan oleh PM SKTLDM Lumut, Kdr Noorhisyam bin Jahari TLDM.
Senarai acara sukan dan pemenang bagi tahun 2017:
1. Bola Sepak - SKTLDM Sitiawan.
2. Bola Tampar - SKTLDM Parit.
3. Marathon - SKTLDM Parit.
4. Futsal - SKTLDM Lumut.
5. Badminton - SKTLDM Sitiawan.

1
Peserta pertandingan sukan 3 penjuru SKTLDM Kawasan Lumut
2

Perlawanan akhir bola sepak antara SKTLDM SITIAWAN dan SKTLDM PARIT
3

Acara marathon
4

Juara keseluruhan dimenangi SKTLDM Parit
5

Warga SKTLDM bersama trofi dan piala kejohanan

Juara keseluruhan kejohanan telah dimenangi oleh SKTLDM Parit manakala SKTLDM Sitiawan dan SKTLDM Lumut terpaksa berpuas hati menduduki tempat kedua dan ketiga. Dengan adanya penganjuran kejohanan seperti ini secara tidak langsung dapat menyemarakkan lagi semangat kesukanan dalam pasukan dikalangan warga ketiga-ketiga SKTLDM.

Rujukan: 051017/01
Sumber: BM TLR Noor Azizi bin Masran
Artikel: BM TLR Noor Azizi bin Masran
Jurufoto: BM TLR Noor Azizi bin Masran














Last modified on Thursday, 05 October 2017 09:15

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 390

Semalam 324

Bulan ini 9125

Keseluruhan 326177

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM