Oct 06

MESYUARAT TIM PERANCANG LATIHAN LAUT (TPLL) 47/17

Kuala Lumpur, 6 Okt – Bertempat di Wisma Perwira ATM, telah berlangsungnya Mesyuarat Tim Perancang Latihan Laut (TPLL) siri 47/17 pada 4-5 Okt yang melibatkan TLDM dan TNI-AL. Mesyuarat dipengerusikan oleh Kepten Badarudin bin Taha TLDM, Pengarah Dasar dan Pembangunan Sumber Manusia selaku ketua TPLL TLDM. Manakala, pihak TNI-AL telah diwakili oleh Kolonel Laut (P) Hudiarto Krisno Utomo selaku pengerusi bersama.

1
Tim Perancang Latihan Laut 47/17

Mesyuarat yang berlangsung selama 2 hari ini bertujuan untuk membentangkan dan merencana program serta aktiviti TPLL yang dilaksanakan antara kedua pihak. Mesyuarat juga membincangkan program pertukaran personal dan tawaran kursus serta latihan antara kedua Angkatan Laut.

2
Pengerusi Bersama TLDM dan TNI-AL
3

Mesyuarat Sedang Berlangsung
4

Acara Bergambar di Perkarangan Wisma Perwira ATM
5

Menandatangani Minit Mesyuarat

Mesyuarat selama 2 hari ini turut melibatkan acara Majlis Makan Malam Rasmi dan program eksekutif di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Delegasi TNI-AL yang tiba pada 3 Okt dan selamat berlepas pulang ke Indonesia pada 6 Okt 17.

Rujukan: 061017/01
Sumber: CAWANGAN DASAR DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Artikel: LT KDR MUHAMAD HANIF BIN ISMAIL TLDM
Jurufoto: LT MOHD ARIF BIN SAAD TLDM

Last modified on Friday, 06 October 2017 10:26

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 390

Semalam 324

Bulan ini 9125

Keseluruhan 326177

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM