Oct 06

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ATM KE-27 TAHUN 2017 ZON LUMUT DAN PERAK SELATAN

Lumut, 6 Oktober 17 - Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM Ke-27 Tahun 2017 Zon Lumut dan Perak Selatan diadakan di Auditorium M.Sidek Shabudin, KD PELANDOK, Pangkalan TLDM Lumut. Majlis telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Lumut, YBhg Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Khairuddin bin Mohd Arif. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil Pegawai Agama Kanan KD MALAYA, diikuti dengan ucapan YBhg Komander Pangkalan Lumut. Majlis anugerah kecemerlangan pendidikan ini merupakan penganugerahan kepada para pelajar anak-anak anggota ATM yang cemerlang di dalam peperiksaan PT3, SPM dan bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Majlis ini dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Seramai 66 orang pelajar menerima penganugerahan ini di mana 10 Orang Mahasiswa dan Mahasiswi IPTA, 14 orang pelajar SPM, 42 orang pelajar PT3.

1
Pendaftaran
2

Ketibaan Komander Pangkalan Lumut
3

Ucapan Komander Pangkalan Lumut
4

Bacaan Doa
5

Insentif anugerah kecemerlangan akademik ini diperkenalkan pada tahun 1991 iaitu 27 tahun yang lalu. Objektif majlis ini diadakan adalah bagi menghargai dan meraikan anak-anak warga ATM yang cemerlang di dalam peperiksaan PT3 dan SPM serta bagi kemasukan ke peringkat ijazah sarjana muda dan bertujuan mengiktiraf kejayaan anak-anak anggota sekaligus menjadi pendorong semangat serta motivasi kepada anak-anak anggota.

6
Terima Anugerah
8

 7 

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg Laksamana Muda Dato’ Rusli bin Ramli Panglima Pendidikan dan Latihan, YBhg Kolonel Abdul Nazar bin Abdul Hamid TUDM Komandan Akademi Tentera Udara, Pegawai Memerintah KD PELANDOK, Wakil Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua SMK Pangkalan TLDM Lumut dan Pegawai-pegawai Kanan, para ibubapa serta pelajar-pelajar yang terlibat. Majlis ini telah dikoordinasikan sepenuhnya oleh Pejabat Pendidikan KD MALAYA selaku tuan rumah dan kerjasama daripada pihak KD PELANDOK dimana tempat berlangsungnya majlis. 

9 
Gambar kenangan

Majlis ini secara langsung menunjukkan komitmen serta keperihatinan TLDM di dalam meningkatkan mutu pendidikan anak-anak warga TLDM. Ini terbukti melalui pelbagai pembangunan dari segi infrastruktur, program-program pembangunan pendidikan dan insentif yang diberikan kepada sekolah-sekolah yang terdapat di dalam Pangkalan TLDM Lumut. Setelah upacara penyampaian anugerah selesai, para pelajar dan ibubapa turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Panglima dan tetamu jemputan. Acara diakhiri dengan jamuan makan tengahari bersama Panglima.

Rujukan: 061017/02
Sumber: Pejabat Pendidikan KD MALAYA
Artikel: Mejar Mohammad Izzaf b Ibrahim
            SSjn Shazali bin Talib
Jurufoto: Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut

Last modified on Friday, 06 October 2017 12:09

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 390

Semalam 324

Bulan ini 9125

Keseluruhan 326177

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM