Oct 06

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT WARGA TLDM ARMADA TIMUR

Kota Kinabalu, 6 Okt - Buat julung kalinya Armada Timur telah melaksanakan majlis kenaikan pangkat secara besar-besaran bagi warga TLDM yang berpangkalan di Teluk Sepangar. Pemakaian pangkat ini melibatkan 45 anggota TLDM dan ditemani isteri masing-masing untuk turut sama memeriahkan lagi majlis tersebut. Kenaikan pangkat ini disempurnakan oleh Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman dan Kept Abdullah Sani Bin Ismail TLDM merangkap Panglima Angkatan Kapal Selam.

Pic 4
Sesi Pemakaian Pangkat Warga TLDM
Pic 1

Antara Isteri Anggota Yang Hadir Memakaikan Pangkat Suami
Pic 3

Pic 2
Isteri Dan Anggota Yang Dinaikan Pangkat Bergambar
Kenangan Bersama Panglima Armada Timur

Kenaikan pangkat ini merupakan satu penghargaan kepada anggota-anggota terbabit yang telah menunjukkan prestasi dan kecemerlangan perkhidmatan mereka. Melalui ucapan Panglima, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga yang dinaikkan pangkat. Tambahnya lagi, pangkat yang diberikan ini merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Rujukan:061017/03
Sumber: PR Markas Pemerintahan Armada Timur
Artikel: PR Markas Pemerintahan Armada Timur
Jurufoto: PR Markas Pemerintahan Armada Timur

Last modified on Friday, 06 October 2017 13:39

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 390

Semalam 324

Bulan ini 9125

Keseluruhan 326177

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM