Oct 11

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LAIN LAIN PANGKAT MARKAS PANGKALAN LUMUT

Lumut, 9 okt 17 – Majlis pemakaian pangkat anggota Lain Lain Pangkat (LLP) daripada Markas Pangkalan Lumut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Panglima Markas Pangkalan Laksamana Muda Dato Pahlawan Khairuddin Bin Mohd Arif. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah unit, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan warga Markas serta isteri anggota yang dinaikkan pangkat. Seramai 82 anggota telah dinaikkan pangkat yang terdiri daripada Pegawai Waren II (PW II) dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waren Satu (P/PW I) seramai 3 orang. Seramai 4 Bintara Kanan (BK) dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waren II (P/PW II). Seramai 11 Bintara Muda (BM) dinaikkan ke pangkat Pemangku Bintara Kanan (P/BK). Seramai 42 Laskar Kanan (LK) dinaikkan ke pangkat Pemangku Bintara Muda (P/BM) dan 22 anggota akan dinaikkan ke pangkat Laskar Kanan, tarikh kekananan pangkat terbaharu mereka iaitu mulai 1 Okt 2017.

1
Kehadiran Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Khairuddin bin Mohd Arif
2

Nyanyian Negaraku Dan Samudera Raya
3

Pemakaian Pangkat
4

5

6
Bacaan Doa
7

8
Sesi Bergambar
9

Komander Pangkalan Lumut, YBhg Dato’ telah menyampaikan ucapan tahniah dan berharap dengan kenaikkan pangkat ini ianya dapat menambah semangat dan komitmen dalam melaksanakan tugas dengan lebih bertanggungjawab dan berkesan. Beliau juga menyeru kepada seluruh warga pangkalan untuk bersama-sama meningkatkan tahap disiplin diri dengan tidak melibatkan diri dengan aktiviti dadah, khalwat, air ketum dan penglibatan militan dimana ianya semakin menular di kalangan warga The Navy People. Di akhir ucapan, beliau berharap setiap warga markas sentiasa menjadi tunjang di dalam menyalurkan bantuan, kesiapsiagaan dan pentadbiran di pangkalan TLDM Lumut dan mendoakan agar diberi petunjuk dan kekuatan serta jati diri yang tinggi ke arah kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan di hari mendatang, insya-allah. Bagi memberkati majlis ini bacaan doa turut dipimpin oleh anggota yang terkanan dinaikkan pangkat iaitu Pemangku Pegawai Waren Satu (P/PW I) PWP Mohamad Azira bin Rasdi sebagai penutup majlis.

Rujukan:111017/01
Sumber: Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut
Artikel: P/BM PNK Mohd Faizal bin Ridhuan
Jurufoto: Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut

Last modified on Wednesday, 11 October 2017 00:43

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 390

Semalam 324

Bulan ini 9125

Keseluruhan 326177

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM