Oct 11

KEJOHANAN SUKAN BADMINTON ANTARA BAHAGIAN MK TL 2017

KD SRI GOMBAK, 11 Okt 17 - Kejohanan Sukan Antara Bahagian Markas Tentera Laut (MkTL) bagi tahun 2017 telah bermula pada 16 Ogos 17 yang lalu. Kejohanan ini diteruskan lagi dengan penganjuran Sukan Badminton yang merupakan salah satu dari tujuh sukan yang dipertandingkan bagi merebut Piala Pusingan Sukan Antara Bahagian Mk TL bertempat di Dewan Dato' Keramat, Kuala Lumpur. Sukan ini juga merupakan sukan keenam yang dianjurkan oleh KDSG selepas Sukan Bola Tampar yang dianjurkan pada 4 Okt 17 yang lalu. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kesemua pasukan terdiri daripada setiap bahagian di bawah naungan Mk TL iaitu Pasukan Laksamana, Bendahara, Pendekar dan Satria.

20171011 170320
Sekitar Perlawanan Berlangsung

Sebagai makluman, setiap pasukan hendaklah mendaftar lima kumpulan yang terdiri daripada 3 regu, 1 regu campuran dan 1 perseorangan. Mata akan dikira berdasarkan jumlah kumpulan yang menang. Perlawanan pertama berlangsung pada jam 1430 diantara Pasukan Satria menentang Pasukan Laksamana. Sejurus selepas itu, perlawanan kedua diantara Pasukan Pendekar menentang Pasukan Bendahara. Kejohanan ini telah dimenangi oleh Pasukan Satria manakala Naib Johan adalah Pasukan Bendahara. Sepanjang perlawanan berlangsung, suasana riuh rendah oleh para penyokong dapat dirasai bagaikan sedang menyaksikan perlawanan akhir Piala Thomas disamping semua pemain dari setiap pasukan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan bersungguh-sungguh untuk mencari mata bagi pasukan mereka memperoleh kemenangan. Pada jam 1700 dapat disaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disempurnakan oleh Pegawai Laksana KDSG.

20171011 170745
Sesi Penyampaian Hadiah Yang Disempurnakan Oleh Pegawai Laksana

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semua pasukan diharap dapat memberikan persembahan yang terbaik memandangkan sukan yang terakhir selepas ini adalah Sukan Bola Sepak atau dikenali sebagai ibu segala sukan yang dirancang diadakan pada 25 dan 26 Okt 17. Adalah juga menjadi harapan agar perlawanan ini dapat berlangsung dengan meriah dan jayanya.

Rujukan: 111017/02
Sumber: KD SRI GOMBAK
Artikel: Lt Dya Abdul Basit bin Kamarudin TLDM
Jurufoto: KD SRI GOMBAK

Last modified on Thursday, 12 October 2017 07:23

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 390

Semalam 324

Bulan ini 9125

Keseluruhan 326177

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM