Oct 12

TAKLIMAT PANDUAN PEMBUDAYAAN DAN PEMERKASAAN INOVASI DALAM SEKTOR AWAM MELALUI HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

Kota Kinabalu, 11 Okt 17. Bertempat di Auditorium Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS), telah berlangsung taklimat dan perkongsian maklumat mengenai Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) berdasarkan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 1. Tahun 2016. Taklimat telah disampaikan oleh Kdr Hazizi bin Mohd Hanapiah TLDM, Pegawai Laksana Pusat Latihan Kapal Selam (PLKS). Ini merupakan salah satu inisiatif dan aspirasi pihak pengurusan MPKS dalam memberi pendedahan dan maklumat kepada semua warganya tentang perkembangan terkini mengenai KIK.

1
Kdr Hazizi bin Mohd Hanapiah TLDM menyampaikan taklimat Horizon
Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Panduan baharu ini adalah sejajar dengan perubahan teknologi dan corak pembangunan negara yang semakin pesat, agensi kerajaan termasuk TLDM perlu sentiasa mengorak langkah untuk menggunakan pendekatan baharu dan berbeza dalam melaksanakan sesuatu dasar dan perkhidmatan. Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk menambah baik pengurusan KIK agar pelaksanaannya memenuhi konsep Cepat, Tepat, Integriti – Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (CTI–PCI) serta menyokong Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS), prinsip Inovasi Nilai (Value Innovation) dan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA). Tumpuan perlu diberikan kepada penciptaan nilai, penambahan nilai, pengurangan kos, perkhidmatan yang memenuhi aspirasi dan harapan rakyat serta berimpak tinggi.

2
Sesi Percambahan Minda
3

Program perkongsian maklumat seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menzahirkan percambahan idea yang mampan seiring dengan kehendak pucuk pimpinan TLDM mengikut transformasi yang digariskan.

Rujukan: 121017/01
Sumber: Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS TLDM
Artikel: Lt Khairul Anwar bin Khalid TLDM
Jurufoto: PW II TLR Mohd Shah Rizal bin Abdul Razak

Last modified on Thursday, 12 October 2017 07:22

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 390

Semalam 324

Bulan ini 9125

Keseluruhan 326177

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM