Oct 30

MAJLIS SAMBUTAN DEEPAVALI WISMA SAMUDERA 2017

Lumut, 28 Okt 17 – Malaysia merupakan negara yang sinonim dengan sambutan hari perayaan oleh pelbagai kaum, bangsa dan agama. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memupuk perpaduan kaum di kalangan The Navy People khasnya, Wisma Samudera telah menganjurkan Majlis Sambutan Deepavali 2017 bagi menjayakan hasrat tersebut. Majlis diadakan di Dewan Cakerawala, Wisma Samudera pada jam 1100 merupakan kerjasama antara Jawatankuasa Penganjur Hari Deepavali dan Wisma Samudera. Sebagai simbolik pembukaan, Tarian Kolattam dan Baratha Natiyam, tarian tradisi kaum India telah dipersembahkan oleh kumpulan penari Punnimas Agni Cultural yang dijemput khas dari Teluk Intan, Perak. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan persembahan dari BAKES TLDM.

1
Ketibaan YBhg Laksamana Pertama Anuar Bin Hj Alias, Panglima Pasukan
Khas Laut diiringi oleh Pengerusi Sambutan Deepavali Wisma Samudera 2017
Komander Manimaran a/l Chellaturai Arjunan TLDM]
2

Persembahan Traditional India dari kumpulan Purnnimas Dan BAKES TLDM
3


4
Para tetamu menjamu beraneka hidangan yang telah disediakan
5

6
Hadirin mewarnakan tangan mereka di kaunter inai
7

Puan Junainah binti Jaafar telah memenangi tempat pertama 
Pakaian Tradisional India Terbaik
8

Perhiasan Kolam yang diperbuat dari tepung dan beras yang diwarnakan

Tetamu dijamu dengan hidangan tradisional kaum india seperti Briyani, Idiyappam, Muruku, dan Jilebhi. Kaunter inai juga dibuka untuk hadirin yang berminat mewarnakan tangan mereka. Bagi memeriahkan majlis, penganjur telah membuat pertandingan pakaian tradisional india yang terbaik. Pemenang telah menerima Baucer Tesco bernilai RM150 bagi tempat pertama, RM100 bagi tempat kedua dan RM50 bagi tempat ketiga. Tetamu kehormat mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur kerana berjaya menganjurkan majlis sambutan yang amat meriah dan diharap sambutan perayaan-perayaan sebegini akan diteruskan pada masa akan datang.

Rujukan: 301017/01
Sumber: Perhubungan Strategik Markas Armada Barat
Artikel: Lt Dya Kanthan a/l Jeyaprakash TLDM
Jurufoto: Perhubungan Strategik Markas Armada Barat

Last modified on Monday, 30 October 2017 04:36

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM