Nov 02

ISTIADAT PERBARISAN PERPISAHAN PEGAWAI MEMERINTAH KD MALAYA

Lumut, 31 Okt 17 – Istiadat Perbarisan Perpisahan Kepten Roslee bin Mohamad Isa TLDM, Pegawai Memerintah KD MALAYA telah berlangsung seawal jam 8.00 pagi.  Seramai 5 orang pegawai dan 100 orang anggota telah mempamerkan kesiapsiagaan dalam istiadat perbarisan ini. Perbarisan terdiri daripada 4 platun termasuk 1 Platun Bintara dan 3 platun Laskar Kanan ke bawah.  Perbarisan pada kali ini dipimpin oleh Lt Kdr Meor Fuad bin Zakaria TLDM dan dibantu oleh Pegawai Waren I TLS Mohd Azizi bin Mohd Ghazali.  Perbarisan yang penuh bersemangat ini diringi oleh Pasukan Pancaragam Pusat TLDM.  Istiadat Perbarisan ini juga turut disaksikan oleh Pegawai-pegawai Kanan serta kakitangan awam Markas Pangkalan Lumut dan Unit KD MALAYA. Ketibaan Pegawai Memerintah  KD MALAYA telah disambut dengan tabik hormat serta nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya.  Seterusnya, Pegawai Memerintah melakukan pemeriksaan ke atas setiap platun di mana semua platun telah menunjukkan kesegakan dan rupacara yang terbaik. Selesai pemeriksaan, acara telah diteruskan dengan perbarisan mara mengadap.  Perbarisan turut diselangi dengan gemaan laungan Gempur Wira, ternyata semangat yang dipamerkan oleh warga amat membanggakan.  Seterusnya perbarisan diteruskan dengan bacaan doa oleh Mejar Muhammad Rasul Bin Muhammad Kadir.  Perbarisan diakhiri dengan sesi bergambar warga KD MALAYA bersama Mantan Pegawai Memerintah. Selesai perbarisan, acara diteruskan lagi dengan Majlis Ramah Mesra yang berlangsung di Dewan Makan D20 dan disajikan dengan tayangan montaj yang bertajuk Selautan Kasih ,Seharum Mawar.

11

21
Pegawai Memerintah
31

41
Pemeriksaan platun
51

61
Sesi Bergambar
71
Ucapan Pegawai Memerintah
81

91

10

111

12
Penyampaian Cenderahati Penghargaan
13

14
Sesi Ramah Mesra

Tayangan montaj tersebut adalah berkisar sepanjang Pegawai Memerintah mentadbir KD MALAYA dimana teras kebajikan merupakan faktor yang paling penting. Majlis diteruskan lagi dengan amanat dan nasihat terakhir daripada Pegawai Memerintah untuk semua warga KD MALAYA.  Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua warga KD MALAYA atas semangat kerjasama dan komitmen tinggi yang telah diberikan sepanjang pemerintahan beliau.  Selain itu, beliau turut menekankan tentang amalan Empat Nilai Teras TLDM iaitu Kemuliaan, Kesetiaan, Keberanian dan Kebanggaan, supaya warga terus berdisiplin dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Seterusnya majlis diteruskan lagi  dengan penyampaian cenderahati penghargaan daripada warga KD MALAYA dan tidak ketinggalan sesi pemotongan kek yang disumbangkan oleh pihak Perwira Niaga Malaysia serta Anggota Laskar Kanan dan ke bawah KD MALAYA.  Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan lagu-lagu dari Tim Kombo Gelombang Biru TLDM.  Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi.


Rujukan: 021117/01

Sumber: Markas Pangkalan Lumut
Artikel: Lt Dya Siti Norlela binti Moh Salleh PSSTLDM NV/8703658
Jurufoto: Komstrat MkPL

Last modified on Thursday, 09 November 2017 02:19

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM