Nov 02

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH LELAKI/WANITA KD SRI GOMBAK

Kuala Lumpur, 1 Nov 17-Bahagian Hal Ehwal Agama Islam Lembah Klang telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Lelaki dan Wanita Siri 2 pada 1 Nov 2017. Kursus selama satu hari ini telah berlangsung di Anjung KD SRI GOMBAK. Kursus ini telah dapat mengumpul peserta terdiri dari NAVY PEOPLE seramai 60 orang. Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu PW I Hj Mohd Fikri bin Hj Ramli, RSM dari Kor Agama Angkatan Tentera.

1
PW I Hj Mohd Fikri bin Hj Ramli memberi taklimat kepada peserta kursus

2
PW I Hj Mohd Fikri bin Hj Ramli menerangkan tatacara memberi
mandi jenazah yang betul kepada peserta kursus

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga tentang pengurusan jenazah yang tepat dan seiring dengan syariat Islam dan mengikis unsur-unsur bidaah dan khurafat. Selain itu, ia juga bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian serta merapatkan ukhuwah dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga. Para peserta didedahkan dengan perbincangan ilmiah, praktikal pengurusan jenazah yang melibatkan cara-cara memandikan dan mengkafankan jenazah serta prosedur pengkebumian dan adab-adab di perkuburan. Kursus Pengurusan Jenazah telah berakhir pada jam 1530H.

Rujukan: 021117/02
Sumber: KD SRI GOMBAK
Artikel: KD SRI GOMBAK
Jurufoto: KD SRI GOMBAK

Last modified on Thursday, 02 November 2017 04:00

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM