Nov 02

KEJOHANAN BINA BADAN SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN ATM 2017

BUKIT MERTAJAM, 2 Nov 17 - Kejohanan Akhir Bina Badan Antara Perkhidmatan ATM 2017 anjuran TDM telah berlangsung semalam di Mydin Mall Bukit Mertajam. Kejohanan ini telah berlangsung bermula 31 Okt hingga 1 Nov 17 dimana buat julung kalinya Kejohanan Bina Badan Antara Perkhidmatan ATM ini diadakan di luar kem/pangkalan. Tahniah diucapkan kepada tim penganjuran tahun ini. Turut hadir Laksamana Pertama Rusli bin Ahmad Panglima Wilayah Laut 3 selaku Mentor Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat TLDM memeriahkan lagi acara serta memberi semangat kepada atlet-atlet TLDM yang bertanding. Dilihat saingan yang diberikan oleh para pesaing kali ini amatlah sengit sekali terutamanya daripada TDM. Daripada 8 kategori yang dipertandingkan, atlet-atlet TLDM telah mempamerkan keupayaan mereka dengan berjaya merangkul 3 Emas, 4 Perak dan 2 Gangsa. Walau bagaimanapun, kemenangan tipis berpihak kepada TDM dengan pungutan pingat 3 Emas, 4 Perak dan 4 Gangsa. Berdasarkan kiraan mata pingat, keputusan keseluruhan kejohanan Johan TDM, Naib Johan TLDM dan Ketiga TUDM. Dikemuncak acara iaitu _Champ of the Champs_ kategori 70kg ke atas yang melibatkan peserta Johan kategori masing-masing. Peserta dari TLDM memperolehi tempat kedua bagi acara ini.

IMG 20171101 161421 1

IMG 20171101 161931 1
Tahniah kepada pemenang

IMG 20171101 171738 1

IMG 20171101 171741 1
Pangwilla 3 menyampaikan hadiah kepada pemenang

IMG 20171101 174003 1
Antara aksi hebat atlet-atlet

Majlis Penutup Kejohanan Bina Badan Antara Perkhidmatan ATM 2017 telah disempurnakan oleh Mej Jen Dato Mohd Ramli bin Hj Jaafar iaitu Panglima 2 Divisyen dengan penuh meriah dan semangat kesukanan yang tinggi.

Rujukan: 021117/03
Sumber: LEKAS TLDM
Artikel: LEKAS TLDM
Jurufoto: LEKAS TLDM

Last modified on Thursday, 02 November 2017 07:13

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM