Nov 06

SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH KD MALAYA

Lumut, 1 Nov 17 – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD MALAYA telah berlangsung dengan jayanya di Serambi Markas Pangkalan Lumut pada jam 1130 pagi. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Alias bin Baharuddin. Pucuk pimpinan KD MALAYA kini telah diterajui secara rasminya oleh YBhg Kept Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM. Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah dan Pemakaian Insignia Pegawai Memerintah. Majlis berakhir dengan penanaman pokok Bushida Putih di Military Community Transformation Centre (MCTC) oleh mantan Pegawai Memerintah dan diiringi oleh Kept Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM serta pegawai-pegawai kanan, pegawai –pegawai dan anggota KD MALAYA.

1

2
Ketibaan Kompal

3

4

5
Serah Terima Tugas

6

7
Penanaman Pokok Bucida

Penanaman Pokok tersebut merupakan satu simbolik bagi Majlis Serah Terima Tugas KD MALAYA agar kehidupan yang harmoni dapat diteruskan dan diwarisi hingga ke generasi seterusnya.

Rujukan: 061117/01
Sumber: Markas Pangkalan Lumut 
Artikel: Lt M Sharifah aisahnazirah binti Syed Husain PSSTLDM
Jurufoto: Komstrat MkPL

Last modified on Thursday, 09 November 2017 02:22

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM