Nov 09

SERAH TERIMA TUGAS ASISTEN MARSYAL PROVOS KUANTAN

Tanjung Gelang, 09 Nov 2017 - Majlis Serah Terima Tugas Asisten Marsyal Provos telah diadakan di Wisma Gebeng pada jam 0900H. Majlis ini telah di sempurnakan oleh YBhg Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Mohamad Adib bin Abdul Samad Panglima Wilayah Laut 1 dan disaksikan oleh Pegawai-Pegawai Memerintah dan Ketua Jabatan di Markas Wilayah Laut 1 serta warga PROTELA Kuantan. Jawatan AMP telah di serahkan oleh Lt Kdr Isnin bin Ali TLDM kepada Lt Mohd Hafisyam Jamalulail bin Lufti TLDM. Lt Kdr Isnin bin Ali TLDM yang telah menerajui pucuk pimpinan PROTELA Kuantan selama 2 tahun 2 bulan sejak 28 Jan 2015.

1
Upacara Menandatangani Sijil Serah Terima Tugas
2
YBhg PANGWILLA 1 menanggalkan Isignia Mantan Asisten Marsyal Provos
3
YBhg PANGWILLA 1memakaikan Isignia kepada Asisten Marsyal Provos
4
Penyerahan nota serah terima tugas Asisten Marsyal Provos
5
Mantan AMP menyerahkan simbolik Pemerintahan kepada AMP yang baru
6
AMP menyampaikan cenderahati kepada Mantan AMP
7
Ucapan oleh YBhg PAnglima Wilayah Laut 1
8
AMP baharu memimpin bacaan doa

Meskipun terharu dengan pemergian Lt Kdr Isnin bin Ali TLDM, MAWILLA 1 amnya dan warga PROTELA Kuantan khasnya akur dan yakin dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi TLDM dalam melantik Lt Mohd Hafisyam Jamalulail bin Lufti TLDM bagi menerajui PROTELA Kuantan. Selamat Bertugas untuk Lt Mohd Hafisyam Jamalulail bin Lufti TLDM dan untuk Lt Kdr Isnin bin Ali TLDM, JASAMU DIKENANG.


Rujukan: 091117/01
Sumber: PR MAWILLA 1
Artikel: PW II PRL Nor Ain binti Wayot
Jurufoto: LK I PAP Saiful

Last modified on Thursday, 09 November 2017 07:41

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM