Nov 10

PROGRAM JIWA MURNI BERIMPAK TINGGI

Kuantan 8 Nov – Markas Wilayah laut 1 telah mengadakan Program Jiwa Murni Berimpak Tinggi bersama Komuniti Maritim dengan melancarkan pembinaan galangan (slipway) di Kg Nelayan Balok Pantai. Pembinaan galangan ini sebagai kemudahan penduduk untuk membaikpulih bot-bot yang telah usang dan mengalami kebocoran. Program ini adalah kesinambungan daripada program jiwa murni berimpak tinggi yang lepas iaitu pembinaan “Teratak Samudera” untuk kegunaan penduduk membaiki jala dan beristirehat serta pembinaan “Tempat Wudhuk” Surau Ar-Raudhah Kg Nelayan Balok Pantai.

12
Panglima Wilayah Laut 1 Laksda Dato’ Pahlawan Hj  Mohamad Adib bin Abdul Samad melaksanakan simbolik pelancaran pembinaan galangan (slipway) dengan memotong kayu
22
Panglima Wilayah Laut 1 Laksda Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib bin Abdul Samad bersama Dato’ Mazlan serta penduduk Kg Nelayan Balok Pantai mengangkat kayu untuk di pasang di galangan
32

42

52

62
Panglima Wilayah Laut 1 Laksda Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib bin Abdul Samad memberi panduan untuk kerja-kerja pemasangan galangan
72
Bergambar kenang-kenangan

Program sebegini sangat bersesuaian dengan hasrat TLDM khasnya dan ATM amnya melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Salah satu aktiviti NBOS ialah Program Jiwa Murni yang merupakan aktiviti kemasyarakatan sesebuah organisasi untuk membantu dan memberi apa jua bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada individu atau persatuan yang memerlukan. Turut serta YBhg Dato’ Mazlan bin Abd Rashid Timbalan Ketua UMNO Cawangan Indera Mahkota.


Rujukan: 101117/01

Sumber: PR Mawilla 1
Artikel: Lt Mohd Hafisyam Jamalulail bin Lufti TLDM
Jurufoto: Sel Perhubungan Raya Mawilla 1

Last modified on Friday, 10 November 2017 00:22

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM